PEKAN. 8 Jun 2017 bersamaan 13 Ramadan 1438H – Keberangkatan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj di Majlis Tadarus Al-Quran yang diadakan bertempat di Muzium Masjid Sultan Abdullah pagi tadi. Baginda bertadarus bersama-sama perkumpulan wanita terdiri daripada kakitangan Pejabat Daerah Pekan serta muzium. Majlis turut disertai Pengarah Lembaga Muzium Negeri Pahang, YH Dato’ Ahmad Farid bin Abd Jalal. Majlis yang diadakan sempena kedatangan bulan Ramadan ini bertujuan memperbanyakkan membaca ayat-ayat suci Al-Quran bagi menambah amal ibadat di bulan yang mulia ini.