PEKAN. 9 Jun 2017 bersamaan 14 Ramadan 1438H – Peserta Perumahan Komuniti Asnaf Bukit Kenau, Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang menyambut ketibaan YDH Orang Kaya Indera Pahlawan, Timbalan Yang Dipertua Majlis, Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Haji Wan Hassan di Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan kepada peserta serta golongan yang memerlukan.
Hadir sama, YBhg. Ustaz Mohd Ali bin Mat Dasir, Pegawai Zakat Kanan Majlis, YBhg. Ustaz Muhammad Hafidz bin Abdul Halim, Pegawai Hal Ehwal Islam Majlis Cawangan Pekan serta YBhg. Encik Mohd Hafizi bin Ramli, Penolong Pegawai Tadbir, Perumahan Komuniti Asnaf Bukit Kenau.

YDH Dato’ Sri menyampaikan sumbangan berjumlah RM26 ribu kepada 100 orang asnaf. Selain itu juga, 100 orang kanak-kanak yang turut hadir diraikan dengan pemberian wang tunai.
Perumahan Komuniti Asnaf Bukit Kenau terletak dalam Mukim Pulau Manis telah diberi taraf pemilikan sepenuhnya kepada pihak Majlis Ugama Islam Pahang pada tahun 2015. Dibangunkan di atas sebidang tanah kerajaan berkeluasan 10.493 ekar, perumahan ini menempatkan golongan yang terdiri daripada asnaf zakat. Pencalonan peserta menduduki penempatan ini adalah berdasarkan senarai daripada JKKK setempat, e-kasih serta penerima bantuan zakat Majlis. Penempatan ini menyediakan kemudahan tempat tinggal bersifat sementara kepada asnaf, namun begitu memainkan peranan penting bagi membantu asnaf untuk mendapat kehidupan yang lebih selesa serta membantu meringankan beban mereka.

[/su_custom_gallery]