JERANTUT. 10 Jun 2017 bersamaan 15 Ramadan 1438 H – Program Tadarus dan Khatam Al-Quran Wanita Peringkat Negeri Pahang dilangsungkan bertempat di Dewan Besar ADTEC pagi tadi disempurnakan dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.
Program tadarus dan khatam Al-Quran yang diadakan dalam bulan Ramadan ini adalah merupakan program kali ketiga yang disertai oleh baginda bersama-sama perkumpulan wanita di negeri Pahang. Program pagi tadi turut disertai bersama oleh YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Hajah Shahaniza binti Shamsudin serta YBhg. Dato’ Hanimzah binti Jalaluddin.

Dalam majlis yang sama, baginda berkenan mengurniakan sumbangan wang tunai berserta hamper berjumlah RM50,700.00 kepada 195 asnaf serta pengurniaan wang tunai RM1,800.00 meraikan kehadiran 180 orang kanak-kanak.