┬áPEKAN. 12 Jun 2017 bersamaan 17 Ramadan 1438H – Program Kembara Ramadhan Temenggong 2017 diadakan bertempat di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Kampung Kuala Pahang dengan kehadiran Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Fahd Mu’adzam Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan turut berangkat di majlis ini, paduka bonda Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang Sultanah Hajjah Kalsom.Majlis yang diadakan di perkarangan masjid bagi pengurniaan sumbangan oleh DYMM Sultanah Pahang dan YAM Tengku Arif Temenggong kepada 110 orang asnaf sekitar kawasan Kuala Pahang serta majlis berbuka puasa bersama-sama kerabat diraja dan penduduk-penduduk kampung.

Hadir sama, YDH Orang Kaya Indera Pahlawan, Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Haji Wan Hassan, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pahang, Dato’ Sri Haji Ishak bin Haji Muhamad, YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA Negeri, Dato’ Abu Bakar bin Haji Harun, YB ADUN Peramu Jaya, Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali serta pemimpin-pemimpin setempat.