KUANTAN 7 Ogos 2017 Bersamaan 14 Zulkaedah 1438 H – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah bercemar duli berangkat turun beraksi mengetuai pasukan baginda menentang Pasukan Perdana Menteri Malaysia yang diketuai pemimpin nombor satu negara, YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak dalam satu Pertandingan Golf Persahabatan yang berlangsung di Mahkota Golf Country Club (MGCC), di sini, Sabtu lalu.

Pertanding yang julung kali dianjurkan sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Ke-58. Seramai 40 orang pemain terpilih menyertai pertandingan golf yang berlangsung dalam cuaca yang baik sepanjang pertandingan.

Antara 20 pemain yang mewakili pasukan KDYMM Pemangku Raja Pahang, Yang Amat Mulia Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Ibni Sultan Ahmada Shah Al-Haj, Yang Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Adnan Bin Haji Yaakob, Panglima Tentera Darat, YDH Dato’ Sri Zulkepli bin Haji Kassim, Ketua Polis Pahang, YDH CP Dato’ Rosli Ab Rahman, YM Tengku Dato’ Sri Faisal bin Tengku Ibrahim, YB Dato’ Haji Shahiruddin bin Ab Moin, YB Dato’ Shafik Fauzan, YB Dato’ Abu Bakar Harun, YB Dato’ Johari bin Hussien, YH Dato’ Mohd Abdah bin Mohd Alif dan Shariful Kamal bin Shaharuddin.

Manakala Pasukan YAB Perdana Menteri dibarisi, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pahang, Dato’ Sri Haji Ishak bin Mohammad, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Sri Muhammad Saffian bin Ismail, YB Ahli Parlimen Rompin, Dato’ Haji Hassan bin Ariffin, YB Adun Peramu, Dato’ Sri Sh Puzi Sh Ali, YB Adun Panching, Dato’ Mohd Zaili bin Besar, YB Adun Bebar,  Dato’ Fakharuddin bin Mohd Ariff, YB Pulau Manis, Dato’ Khairuddin bin Mahmud, YB Adun Tahan, Wan Amizan, Pengarah UPEN Pahang, YH Dato’ Suhaimi bin Mohd Yunos, YH Dato’ Haji Jamaluddin bin Ahmad, Setiausaha MUIP,  YH Dato’ Ahmad Hairi bin Hussin, YDH Tok Muda Wan Anua bin Wan Mansor dan Wan Mohd Nazrin Wan Anua.

Pihak penganjur menyediaka lima hadiah pemain terbaik pada perlawanan yang berlangsung sebanyak 18 lubang.

Pemain terbaik pada perlawanan tersebut yang  ialah YB Dato’ Mohd Zaili dari pasukan Perdana Menteri, YB Dato’ Shafik Fauzan, YDH CP Dato’ Rosli Ab Rahman, YDH Dato’ Sri Zulkepli bin Haji Kassim (Pasukan KDYMM PRP) dan ditempat kelima YB Dato’ Fakharuddin bin Mohd Ariff (Pasukan YAB PM).