KUALA LUMPUR 8 Ogos 2017 Bersamaan 15 Zulkaedah 1438 H – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah mengampuni perkenan menerima menghadap Pengerusi dan Jawatankuasa Majlis Dakwah Negara (MDN) di Hotel Royale Chulan, di sini, hari ini.

Majlis menghadap itu di ketuai-Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Yang Berbahagia Dr. Yusri bin Mohamad, Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN), Yang Berbahagia Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi bin Abdul Majid, Pengerusi Panel Perunding Perpaduan Ummah (MDN), Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Indera Dr. Abd Aziz bin Abd Rahman, Setiausaha Kehormat Panel Perunding Perpaduan, Yang Hormat Dato’ Dr. Mohd Ghazali bin Md Noor dan Pengarah Majlis Dakwah Negara (MDN), Kapten (B) Dr. Samsuddin bin Moner.

Turut sama, Timbalan Pengarah Majlis Dakwah Negara (MDN), Yang Berbahagia Dr. Masitah binti Esa, Pegawai Keurusetiaan Majlis Dakwah Negara (MDN), Mohd Abd Rahimin bin Sihat, Yang Berbahagia Tan Sri Haji Abdul Aziz bin Abdul Rahman, Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang, Yang Hormat Dato’ Sri Dr. Haji Abdul Rahman bin Osman dan Setiausaha Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Yang Hormat Dato’ Ahmad Hairi bin Hussin.

Menurut Dato’ Ahmad Hairi, majlis menghadap KDYMM Pemangku Raja itu diadakan khusus bagi menyembah maklum beberapa program yang telah dirancang serta mendapat perkenan baginda. Tambahnya, MDN berhasrat untuk menubuhkan sebuah pondok moden yang dinamakan Pondok Perdana Darul Makmur di Negeri Pahang yang akan dibangunkan dikawasan seluas 200 ekar sebagai kampus pondok moden yang lengkap dengan kemudahan pembelajaran akademik, kemahiran hidup dan pertanian.

Selain itu katanya, MDN dgn kerjasama MUIP akan menganjurkan Multaqa Ilmuwan dan Profesional Pahang pada 19 Ogos 2017 di Hotel Grand Darulmakmur, Kuantan yg mana multaqa ini akan menghimpunkan 200 orang para ilmuwan dan profesional anak-anak Pahang.

Turut disembah maklum kesisi KDYMM Tuanku, Panel Perunding Perpaduan Ummah-Majlis Dakwah Negara untuk menganjurkan Konvensyen Memperkukuh Pasak Negara di negeri Pahang.

“Konvensyen ini bagi memahamkan rakyat di akar umbi dan semua pihak tentang kewajipan dan kepentingan untuk menperkukuh dan melindungi institusi raja-raja sebagai pasak negara dan tunjang kepada kedaulatan negara”, kata Dato’ Ahmad Hairi sambil memberitahu KDYMM Pemangku Raja telah berkenan untuk MDN menganjurkan konvensyen ini di Negeri Pahang.