KUANTAN. 26 Ogos 2017 bersamaan 4 Zulhijjah 1438H – Seramai 334 orang dari Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) bergelar graduan sempena Istiadat Konvokesyen ke-16 KUIPSAS yang disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah. Baginda mewakili paduka ayahanda, KDYMM Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah selaku Canselor KUIPSAS bagi menyempurnakan istiadat tersebut.

Baginda berangkat bercemar duli di Dewan Cashmere, Hotel Zenith tempat berlangsungnya majlis istiadat tersebut diiringi oleh YAB Menteri Besar Pahang merangkap Pro Canselor KUIPSAS, Dato’ Sri Diraja Haji Adnan bin Haji Yaakob dan YH Rektor KUIPSAS, Dato’ Haji Yahya bin Zainal Abidin.

Selesai pengisytiharan istiadat konvokesyen ke-16, baginda berkenan mengurniakan para graduan anugerah-anugerah kecemerlangan seperti berikut:-

1) Anugerah Kecemerlangan Sultan Ahmad Shah: Muhamad Syahizat bin Suhaimi, Diploma Pengajian Islam (Dakwah & Pengurusan).

2) Anugerah Kecemerlangan Rektor: Muhamad Zaki bin Saidatul Akmal, Diploma Pengurusan Muamalat.

3) Anugerah Kecemerlangan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang: Muhamad Rahimi bin Yusof, Diploma Pengajian Islam (Dakwah & Pengurusan).

4) Anugerah Kecemerlangan Yayasan Pahang:-

i) Fakulti Pengajian Islam: Nursyafawani binti Hasnor, Diploma Pengajian Islam (Dakwah & Pengurusan). ii) Fakulti Pengajian Pengurusan: Putri Nor Balqis binti Abdul Razak, Diploma Perakaunan. iii) Fakulti Teknologi Maklumat & Komunikasi: Siti Nur Irsyadiah binti Salimi, Diploma Pembangunan Perisisan (Internet & Multimedia).

5) Anugerah Kecemerlangan Dekan:-
i) Fakulti Pengajian Islam: Tengku Mariam Nadia binti Tengku Zainudin, Diploma Pengajian Islam (Dakwah & Pengurusan). ii) Fakulti Pengajian Pengurusan: Rahmat bin Johari, Diploma Pengurusan Kewangan Islam.

6) Anugerah Kecemerlangan Jabatan: –

i) Jabatan Syariah: Nurfatihah binti Alias, Diploma Pengurusan Muamalat. ii) Jabatan Perniagaan: Siti Noraishah binti Marzuki, Diploma Pengajian Perniagaan. iii) Jabatan Kewangan: Nur Syafikah binti Razali, Diploma Kewangan & Perbankan. iv) Jabatan Perakaunan: Arisya binti Arduan, Diploma Perakaunan. v) Jabatan Bahasa Arab: Nur Syahirah binti Muzaffar, Diploma Bahasa Arab Komunikasi. vi) Jabatan Dakwah: Muhd Asymawi bin Tioh, Diploma Pengajian Islam (Dakwah & Pengurusan). vii) Jabatan Teknologi Maklumat: Nur Liyana binti Mutazah, Diploma Teknologi Maklumat & Rangkaian.

7) Anugerah Kecemerlangan Ko-Kurikulum kategori graduan lelaki dan perempuan:-
Mohamad Akramin bin Khairi, Diploma Pengajian Islam (Syariah & Undang-Undang) dan Hadhinah binti Mat Kasa, Diploma Pengurusan Maklumat.

Istiadat Konvokesyen ke-16 KUIPSAS pada kali ini bertemakan ‘Soaring Upwards’ yang menjadi aspirasi dan motivasi kepada warga KUIPSAS untuk bergerak seia sekata, serentak seirama bagi meningkatkan kualiti pencapaian serta terus mara ke hadapan. Majlis istiadat turut dihadiri oleh, YDH Orang Kaya Indera Pahlawan, Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Haji Wan Hassan, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang merangkap Pengerusi Sistem Pendidikan Islam Pahang Sdn. Bhd., Dato’ Sri Muhammad Safian bin Ismail, Pensyarah-pensyarah KUIPSAS, Ahli-ahli Lembaga Pengarah Sistem Pendidikan Islam Pahang Sdn. Bhd., Ahli-ahli Lembaga Pengelola KUIPSAS serta wakil-wakil Institusi Pengajian Tinggi.