KUANTAN. 26 November 2017 Bersamaan 6 Rabiulawal 1439H – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah bercemar duli berangkat ke Majlis Resepsi Perkahwinan pasangan pengantin yang dirai Fareez Haziq bin Dato’ Abdul Wahab dan Syafiyana binti Haji Muslim yang berlangsung di Dewan Seri Makmur, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang, Bandar Indera Mahkota disini hari ini.

Pengantin lelaki anakanda kepada Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang (JBPNP), Yang Hormat Dato’ Abdul Wahab bin Haji Mat Yasin. Fareez Haziq dan Syafiyana diijab kabul pada Majlis Perkahwinan di rumah keluarga pengantin perempuan di Telok Panglima Garang, Selangor pada 25 Ogos lalu.

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Mulia Pemangku Raja Pahang dimajlis tersebut disambut oleh YH Dato’ Wahab dan isteri, Timbalan Pembangunan JBPM, YH Dato’ Haji Amer bin Haji Yusuf dan Isteri serta YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Haji Muhammad Safian bin Ismail. Baginda mengampuni perkenan mendahului majlis merenjis air mawar, diikuti YH Dato’ Amer dan isteri, Yang Berbahagia Datin Susilawati binti Arunasalam.

Turut merenjis air mawar ibu bapa pengantin perempuan, Tuan Haji Muslim dan isteri, Hajjah Norlela binti Ali dan diakhiri ibu bapa pengantin lelaki, YH Dato’ Abdul Wahab dan Isteri, Yang Berbahagia Datin Nor Latifah binti Haji Jaafar.

Antara tetamu lain yang hadir, Yang Amat Mulia Tengku Besar Pahang, Tengku Kamil Ismail bin Tengku Idris Shah dan Isteri Cik Puan Tengah Pahang, Rohaya binti Abdul Rahim, YB Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang, Dato’ Haji Shamsulbahri Bin Haji Ibrahim, YB Pengawai Kewangan Negeri Pahang, Dato’ Indera Haji Mohamad Roslan Bin Harun, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Keluarga kedua pasangan pengantin.