KUALA LUMPUR 4 Disember 2017 Bersamaan 15 Rabiul Awal 1439H – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah hari ini berkenan bercemar duli berangkat menziarahi Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan negeri, Dato’ Sri Shahiruddin Ab. Moin di sebuah hospital swasta di sini, pagi tadi.

Selain ahli keluarga Dato’ Sri Shahiruddin, turut berada di lobi hospital berkenaan bagi memuliakan keberangkatan baginda ialah Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Mohd. Johari Hussain, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Talam, Datuk Abdul Aziz Mat Kiram, Mantan Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy dan Timbalan Pengerusi MCA Perhubungan Pahang merangkap Pengerusi Bahagian Raub, Tan Sri Dato’ Sri Lim Sing.

Pada 5 November lalu, Dato’ Shahiruddin yang juga Ketua Umno Bahagian Raub dimasukkan ke hospital di London akibat serangan angin ahmar ketika berada di sana atas urusan kerja. Beliau menerima rawatan selama tiga minggu di London sebelum pulang ke tanah air Jumaat lalu dan menerima rawatan susulan di sebuah hospital swasta di ibu negara. Sementara itu, Dato’ Sri Shahiruddin ketika temui menjunjung kasih diatas keberangkat Kebawah Duli Maha Mulia Pemangku Raja bercemar duli berangkat bercemar menziarah beliau.

“Saya amat terharu diatas keperihatinan kebawah duli tuanku Pemangku Raja Pahang yang sanggup bercemar duli pagi ini.

“Syukur Alhamdulillah, berkat doa ahli keluarga, sahabat-sahabat dan keizinan Allah, kesihatan saya bertambah baik”, katanya sambil mengucapkan terima kasih khususnya kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Adnan Haji Yaakob yang turut mengziarah beliau petang semalam.

Tambah beliau, rawatan susulan di hospital ini akan mengambil masa lebih kurang seminggu dan beliau akan menyambung cuti sehingga akhir bulan ini sebelum kembali bertugas Januari depan.