KUANTAN. 10 Jun 2018 bersamaan 25 Ramadan 1439H –  Kehadiran Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj yang sudi bercemar duli berbuka puasa di Padang MPK 1 mencuri perhatian rakyat jelata yang turut berada di situ petang tadi.

Kemeriahan suasana berbuka puasa beramai-ramai menarik hati baginda untuk kembali memilih lokasi ini pada Ramadan bagi empat tahun berturut-turut.

Turut mengiringi baginda, paduka anakanda bongsu baginda Yang Mulia Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah binti Tengku Mahkota Tengku Abdullah.

Orang ramai juga tidak melepaskan peluang merakam kehadiran Tunku Azizah sebagai kenang-kenangan dan sudah pasti kemesraan dan senyuman  yang sentiasa dilemparkan Tengku Puan Pahang kesayangan rakyat di negeri ini mendamaikan lagi suasana.