KUANTAN. 13 Jun 2018 bersamaan 28 Ramadan 1439H –  Kebawah Duli Yamg Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah dan isteri, Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj mengampuni limpah perkenan menganjurkan Rumah Terbuka di Istana Abdulaziz, sempena Hari Raya Aidil Fitri, Sabtu ini bersamaan dengan 2 Syawal.

Menurut Tengku Puan Pahang Tunku Azizah, rumah terbuka baginda telah diperkenan Pemangku Raja pada hari raya kedua.

Baginda mengharapkan maklumat perubahan ini mendapat perhatian orang ramai yang masih menganggap rumah terbuka Istana AbdulaIziz sebagaimana lazimnya pada hari raya pertama.

Tunku Azizah bagi pihak suami, Tengku Abdullah mengalu-alukan tetamu untuk datang bersama-sama memeriahkan rumah terbuka baginda yang bermula pukul 11.00 pagi.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang yang menganggotai Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sempena Bola Sepak Piala Dunia Moscow dijadual berangkat pulang ke Tanahair, awal pagi Sabtu ini.