Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang bersempena bulan Ramadan 1436H telah mengagihkan zakat kepada golongan asnaf merangkumi seluruh daerah di negeri Pahang. Menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, baginda selaku Tuanku Yang Dipertua Majlis bersama-sama KDYTM Tengku Puan Pahang dan anakanda telah berkenan mencemar duli bersama-sama rakyat jelata di Program Berbuka Puasa dan Penyampaian Bantuan Zakat kepada asnaf.

Antara tempat-tempat agihan zakat yang telah KDYTM Tengku Mahkota, KDYTM Tengku Puan Pahang dan anakanda sekeluarga lawati serta beramah mesra bersama rakyat adalah, Masjid Tanjung Gemuk, Rompin, Masjid Jaya Gading, Kuantan, Masjid Paloh Hinai, Pekan, Kem Rejimen 505, Pekan, Masjid Daerah Bentong, Masjid Lubuk Paku, Maran, Masjid Daerah Lipis, Masjid Pamah Rawas, Raub, Impiana Cherating, Kuantan, Masjid Kampung Panching, Kuantan, Masjid Gunung Senyum, Temerloh, Masjid Ketapang Hilir, Pekan, Masjid Tanjung Gelang, Pekan, Istana Abdul Aziz, Kuantan.

1