JAKARTA 1 September 2018 Bersamaan 20 Zulkaedah 1439 Hijrah – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah selaku Presiden Kesatuan Hoki Asia (AHF)┬ápagi ini, berangkat bercemar duli bagi mempengerusi Mesyuarat Lembaga Eksekutif AHF yang berlangsung di Hotel Mulia, di sini hari ini. Keberangkat tiba baginda tepat pukul 11 pagi disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif AHF, Dato’ Tayab Ikhram dan Ahli Lembaganya.

Mesyuarat tersebut telah dijadualkan sempena Indonesia menjadi tuan rumah Sukan Asia 2018 Jakarta – Palembang (2018 Asian Games) yang berlangsung dari 18 Ogos hingga 2 September. Acara hoki lelaki dan Wanita adalah antara 40 acara sukan yang dipertandingkan pada kejohanan yang berprestij dan terbesar Asia. Mesyuarat yang berlangsung hampir tiga jam itu lebih tertumpu kepada agenda pengurusan, kewangan dan perangcangan AHF. Terdahulu, Tengku Abdullah mengampuni limpah perkenan menerima kunjungan hormat, Presiden Majlis Olimpik Indonesia, Eric Thohir.

Pada malam ini, baginda diiringi barisan Ahli Lembaga AHF akan berangkat bercemar duli ke Padang Hoki Gelora Bung Karno bagi menyaksikan perlawanan akhir hoki antara pasukan Malaysia menentang pasukan Jepun bagi penentuan pingat emas dan perak. Malaysia layak beraksi pada perlawanan akhir selepas membenam pasukan dirangking ke-5, India 7-6 menerusi penentuan pukulan penalti. Perlawanan separuh akhir itu diheretkan penentuan pukulan penalti selepas kedua pasukan terikat keputusan 2-2 tamat masa sebenar. Baginda dijadual berangkat pulang ke Tanahair pagi esok.