KUANTAN. 8 Oktober 2018 Bersamaan 28 Muharam 1440 Hijrah – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, mengampuni limpah perkenan menerima kunjungan hormat menghadap Ketua Polis Pahang, Dato’ Sri Rosli Ab Rahman dan isteri, Datin Sri Azizah Othman di Istana Abdulaziz, di sini hari ini.

Turut bercemar duli, Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj dan paduka anakanda baginda, Yang Mulia Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah.

Majlis kunjungan hormat menghadap itu sempena pertukaran Dato’ Sri Rosli yang akan melepas jawatan nombor satu polis Pahang mulai esok. Pertukaran beliau di atas kenaikan pangkat sebagai Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Dalam pertemuan itu, Tengku Abdullah mengucapkan tahniah dan berterima kasih di atas sumbangan khidmatnya sepanjang bertugas di negeri ini. Dato’ Sri Rosli memulakan tugas sebagai Ketua Polis Pahang pada 26 April 2017 ekoran kekosongan yang ditinggalkan Yang Hormat Dato’ Sri Sharifuddin Ab Ghani¬†yang bersara wajib.

Manakala penganti beliau ialah Yang Hormat Dato’ Mohd Zakaria Ahmad yang akan menjalankan tugas rasmi selaku Ketua Polis Pahang yang baharu sebaik selepas majlis serah terima tugas yang akan berlangsung di Ibu Pejabat Kontinjen Pahang (IPK) pagi esok.Majlis Kunjungan Hormat Menghadap (1) Majlis Kunjungan Hormat Menghadap (2) Majlis Kunjungan Hormat Menghadap (3) Majlis Kunjungan Hormat Menghadap (4) Majlis Kunjungan Hormat Menghadap (5) Majlis Kunjungan Hormat Menghadap (6) Majlis Kunjungan Hormat Menghadap (7)