KUALA LUMPUR. 11 Oktober 2018 Bersamaan 2 Safar 1440 Hijrah – Mesyuarat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang kali ke-174 disempurnakan dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah. Baginda selaku Tuanku Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Pahang mempengerusikan mesyuarat yang diadakan di Hotel Royale Chulan dengan dihadiri Ahli-ahli Mesyuarat Majlis, YDH Timbalan Yang Dipertua, Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Haji Wan Hassan, YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Muhammad Safian bin Ismail serta Sahibus Samahah Mufti Pahang, Dato’ Sri Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Osman.

Turut diadakan majlis angkat sumpah Ahli Majlis Ugama Islam Pahang, YH Dato’ Haji Syed Ahmad Fuad bin Syed Taha yang merupakan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang yang baharu dilantik.

Ahli-ahli Majlis yang turut hadir, YB Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang, Dato’ Sri Haji Shamsulbahri bin Haji Ibrahim, Y.Bhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor bin Haji Husin, YH Dato’ Sri Haji Wan Abdullah bin Haji Wan Salleh, YH Prof. Dato’ Dr. Abdul Monir bin Yaacob, YH Dato’ Haji Kamaruddin bin Zakaria dan YH Dato’ Mohd. Mokhtar bin Shafii.Mesyuarat Majlis Kali Ke-174 (1) Mesyuarat Majlis Kali Ke-174 (2) Mesyuarat Majlis Kali Ke-174 (3) Mesyuarat Majlis Kali Ke-174 (4) Mesyuarat Majlis Kali Ke-174 (5) Mesyuarat Majlis Kali Ke-174 (6) Mesyuarat Majlis Kali Ke-174 (7) Mesyuarat Majlis Kali Ke-174 (8)