BENTONG. 18 Oktober 2018 Bersamaan 9 Safar 1440 Hijrah – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak mendoakan kesihatan ayahanda baginda. Titah baginda, keadaan kesihatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah kini bertambah baik.

“Saya terlebih dahulu ucap berbanyak-banyak terima kasih, kepada semua rakyat negeri Pahang yang mendoakan kesihatan tuanku.

“Alhamdulillah, saya baru dapat laporan terkini petang tadi. Tuanku masih lagi beristirehat dan masih lagi bawah jagaan doktor di IJN. Ada nampak improvement tapi masih lagi dalam pengawasan doktor secara serius..kita doakan terus supaya tuanku bertambah sihat,” titah baginda.

Tengku Abdullah bertitah demikian kepada media selepas Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang 1440 Hijrah/2018 di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah di Bentong, Pahang, malam tadi. Sultan Haji Ahmad Shah, 84 dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada 29 September lalu. Terdahulu, Tengku Abdullah bercemar duli berangkat menghadiri Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat Sempena Memuliakan Ulang Tahun Sultan Pahang 1440 Hijrah/2018.

Mengiringi baginda, paduka anakanda Yang Mulia Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah. Hadir sama, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Sri Haji Ishak Haji Muhamad, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Sri Muhammad Safian Ismail, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ketua-ketua Jabatan dan Ahli Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang.

Kira-kira 1,000 orang jemputan hadir pada majlis tersebut termasuk pelajar-pelajar Maahad Tahfiz daerah Bentong. Majlis dimulakan dengan bacaan surah Yassin, doa selamat dan solat hajat yang diimamkan oleh Sahibus Samahah Mufti Pahang, Dato’ Sri Dr. Haji Abdul Rahman Haji Osman.

Sebelum berangkat meninggalkan majlis, Tengku Abdullah turut mengampuni limpah perkenaan menyempurnakan kurniaan sumbangan peribadi baginda dan sumbangan wang zakat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) kepada 200 orang golongan memerlukan. Penerima kurniaan terdiri daripada golongan asnaf fakir, miskin dan muallaf, serta kurniaan kepada anak-anak yatim dan orang kurang upaya.Penghargaan Rakyat Mendoakan Kesihatan Tuanku Sultan Pahang (1) Penghargaan Rakyat Mendoakan Kesihatan Tuanku Sultan Pahang (2) Penghargaan Rakyat Mendoakan Kesihatan Tuanku Sultan Pahang (3) Penghargaan Rakyat Mendoakan Kesihatan Tuanku Sultan Pahang (4) Penghargaan Rakyat Mendoakan Kesihatan Tuanku Sultan Pahang (5) Penghargaan Rakyat Mendoakan Kesihatan Tuanku Sultan Pahang (6) Penghargaan Rakyat Mendoakan Kesihatan Tuanku Sultan Pahang (7) Penghargaan Rakyat Mendoakan Kesihatan Tuanku Sultan Pahang (8) Penghargaan Rakyat Mendoakan Kesihatan Tuanku Sultan Pahang (9) Penghargaan Rakyat Mendoakan Kesihatan Tuanku Sultan Pahang (10) Penghargaan Rakyat Mendoakan Kesihatan Tuanku Sultan Pahang (11) Penghargaan Rakyat Mendoakan Kesihatan Tuanku Sultan Pahang (12) Penghargaan Rakyat Mendoakan Kesihatan Tuanku Sultan Pahang (13) Penghargaan Rakyat Mendoakan Kesihatan Tuanku Sultan Pahang (14) Penghargaan Rakyat Mendoakan Kesihatan Tuanku Sultan Pahang (15)