KUANTAN, 29 Oktober 2018 Bersamaan 20 Safar 1440 Hijrah – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah bercemar duli merasmikan Mangala Resort and Spa di sini. Mengiringi baginda, Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang, Tunku Hajah Azizah Aminah Mainunah Iskandariah Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.

Turut hadir wakil Menteri Besar, Dato’ Sri Mohd Sharkar Shamsuddin, Setiausaha Kerajaan negeri, Dato’ Sri Muhammad Safian Ismail, Pengerusi Franky Group, Dato’ Franky Chua dan Isteri. Baginda dalam titah menyifatkan (Mangala Resort & Spa) merupakan satu lagi kemajuan yang berjaya mentransformasikan sebuah kawasan yang ditinggalkan terbiar selama beberapa tahun.

“Negeri Pahang sememangnya mempunyai potensi tinggi sebagai destinasi pelancongan berasaskan alam semulajadi yang menawarkan keunikan dan keindahan alam semulajadi, hutan hujan tropika, flora dan fauna, sungai serta air terjun.

“Selain itu, peningkatan industri pelancongan berasaskan alam semulajadi akan turut berupaya meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar dan pedalaman,” titah baginda ketika merasmikan pembukaan resort berkenaan di sini.

Baginda turut mengingatkan agar usaha yang serius perlu dilaksanakan bagi memelihara alam semulajadi, spesis terancam dan habitat hidupan liar.

“Usaha Mangala Resort and Spa memulihkan semula kawasan terbiar wajah dicontohi oleh pengusaha industri pelancongan.

“Lihat sahaja kawasan ini sekarang bukan hanya tersergam sebuah resort bertaraf dunia, malahan telah membentuk eko-sistem yang menjadi habitat kepada lebih 100 spesis burung dan flora serta fauna,” titah baginda.

Baginda turut menzahirkan keyakinan berkat usaha di antara kerajaan negeri dan pengusaha industri pelancongan akan menjadikan negeri Pahang sebagai sebuah destinasi pelancongan utama di rantau serta dunia.

“Saya juga berdoa agar industri pelancongan negeri Pahang akan terus maju serta memberikan manfaat kepasa negeri dan rakyat jelata,” akhiri baginda.Tengku Abdullah Rasmi Mangala And Spa (1) Tengku Abdullah Rasmi Mangala And Spa (2) Tengku Abdullah Rasmi Mangala And Spa (3) Tengku Abdullah Rasmi Mangala And Spa (4) Tengku Abdullah Rasmi Mangala And Spa (5) Tengku Abdullah Rasmi Mangala And Spa (6) Tengku Abdullah Rasmi Mangala And Spa (7) Tengku Abdullah Rasmi Mangala And Spa (8) Tengku Abdullah Rasmi Mangala And Spa (9) Tengku Abdullah Rasmi Mangala And Spa (10) Tengku Abdullah Rasmi Mangala And Spa (11) Tengku Abdullah Rasmi Mangala And Spa (12) Tengku Abdullah Rasmi Mangala And Spa (13) Tengku Abdullah Rasmi Mangala And Spa (14) Tengku Abdullah Rasmi Mangala And Spa (15) Tengku Abdullah Rasmi Mangala And Spa (16)