BENTONG 1 Nov. – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah mengampuni limpah perkenan bercemar duli berangkat dalam rangka lawatan kerja baginda ke Daerah Bentong, sini hari ini. Dalam lawatan kerja tersebut, baginda dipersembah taklimat Pembinaan Projek Penghantaran Tenaga Nasional Berhad (TNB), di Kampung Janda Baik.

Majlis dimulakan dengan persembahan taklimat oleh Setiausaha Bahagian Kanan (Tenaga), Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi dan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Puan Noor Afifah Abdul Razak, Ketua Grid TNB, Datuk Husaini Husin, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, Dato’ Dr Hizamri Mohd Yasin dan Pengarah Jabatan Alam Sekiar Negeri Pahang, Tuan Haji Rosli Zul.

Selepas mendengar taklimat yang berlangsung hampir satu jam itu, baginda menitahkan supaya semua pihak yang terlibat dalam pembinaan projek pembinaan talian penghantaran Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Janda Baik, memandang serius bantahan, keluhan dan pandangan penduduk setempat. Titah baginda, kerisauan penduduk terhadap aktiviti penebangan balak yang dilakukan sehingga boleh mengakibatkan kemusnahan alam sekitar perlu diberi perhatian serius.

“Soal penebangan balak perlu dikurangkan dan tidak perlu dilakukan di kawasan yang tidak perlu untuk menjayakan program ini.

“Hakikatnya, hanya 250 hektar diluluskan untuk membuat jalan bagi membina grid elektrik, kita harap jangan melebihi (penebangan balak),”.

“Semua pihak, TNB, Jabatan Hutan dan JAS bertanggungjawab bagi pemantauan supaya kerja-kerja pembinaan projek tersebut mematuhi syarat yang ditetap”, titah baginda.

Hadir sama, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, Setiausaha Kerajaan negeri, Dato’ Sri Muhammad Safian Ismail, barisan ahli exco negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri Ketari, Young Syefura Othman. Projek Pembinaan laluan grid TNB dari Kedah ke Johor yang bernilai RM1.5 bilion turut melibatkan 30 kilometer jajaran di kawasan Bentong.

Tengku Abdullah turut mengambil masa kira-kira 30 minit menaiki pacuan 4X4 meninjau projek tersebut yang telah dihentikan sementara ekoran bantahan penduduk Kampung Janda Baik.

Sebelum berangkat menamatkan lawatan singkat ke Daerah Bentong, baginda turut memgampuni limpah perkenan mengurniakan sumbangan peribadi baginda kepada Pengerusi Masjid Kampung Janda Baik serta menyempurnakan sumbangan TNB, sebuah van jenazah kepada Masjid Kampung Janda Baik.Taklimat Pembinaan Projek Penghantaran TNB (1) Taklimat Pembinaan Projek Penghantaran TNB (2) Taklimat Pembinaan Projek Penghantaran TNB (3) Taklimat Pembinaan Projek Penghantaran TNB (4) Taklimat Pembinaan Projek Penghantaran TNB (5) Taklimat Pembinaan Projek Penghantaran TNB (6) Taklimat Pembinaan Projek Penghantaran TNB (7) Taklimat Pembinaan Projek Penghantaran TNB (8) Taklimat Pembinaan Projek Penghantaran TNB (9) Taklimat Pembinaan Projek Penghantaran TNB (10) Taklimat Pembinaan Projek Penghantaran TNB (11) Taklimat Pembinaan Projek Penghantaran TNB (12) Taklimat Pembinaan Projek Penghantaran TNB (13) Taklimat Pembinaan Projek Penghantaran TNB (14) Taklimat Pembinaan Projek Penghantaran TNB (15) Taklimat Pembinaan Projek Penghantaran TNB (16) Taklimat Pembinaan Projek Penghantaran TNB (17) Taklimat Pembinaan Projek Penghantaran TNB (18) Taklimat Pembinaan Projek Penghantaran TNB (19)