KUANTAN. 12 November 2018 Bersamaan 4 Rabiulawal 1440 Hijrah – Perpustakaan Awam negeri di Jalan Kemunting di sini akan dikenali sebagai Perpustakaan Sultan Haji Ahmad Shah sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada tahun ini. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah bertitah, baginda mencadangkan nama tersebut sesuai dengan keperibadian paduka ayahanda baginda yang disifatkan sebagai ‘ulat buku’.

“Saya ingin berkongsi bahawa ayahanda cukup gemar membaca buku dan jika saya nak menghadap di bilik, nak sampai ke katil baginda saya perlu melalui kiri dan kanan..banyak sangat buku di sekeliling katil dengan pelbagai jenis bahan bacaan.

“Bayangkanlah betapa bersungguh dan minatnya tuanku sultan membaca buku sewaktu berehat…kita boleh anggap tuanku seorang ‘ulat buku’,” titah baginda.

Menurut baginda lagi, minat paduka ayahanda baginda membaca buku sewaktu berehat dengan pelbagai koleksi peribadi membuatkan baginda sangat berpengetahuan luas dengan ilmu dan fakta menarik. Tengku Abdullah bertitah demikian ketika berangkat bercemar duli merasmikan Perpustakaan Awam negeri, di sini hari ini. Pada masa yang sama, baginda turut kagum dengan reka bentuk bangunan tersebut yang dibina membabitkan kos pembinaan RM48 juta.

Berangkat sama Tengku Puan Pahang, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Turut hadir Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, barisan exco kerajaan, ahli-ahli Jumaah Pangkuan Diraja, ahli-ahli Dewan Negeri dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.Perasmian Perpustakaan Awam Negeri (1) Perasmian Perpustakaan Awam Negeri (2) Perasmian Perpustakaan Awam Negeri (3) Perasmian Perpustakaan Awam Negeri (4) Perasmian Perpustakaan Awam Negeri (5) Perasmian Perpustakaan Awam Negeri (6) Perasmian Perpustakaan Awam Negeri (7) Perasmian Perpustakaan Awam Negeri (8) Perasmian Perpustakaan Awam Negeri (9) Perasmian Perpustakaan Awam Negeri (10) Perasmian Perpustakaan Awam Negeri (11) Perasmian Perpustakaan Awam Negeri (12) Perasmian Perpustakaan Awam Negeri (13) Perasmian Perpustakaan Awam Negeri (14) Perasmian Perpustakaan Awam Negeri (15) Perasmian Perpustakaan Awam Negeri (16) Perasmian Perpustakaan Awam Negeri (17) Perasmian Perpustakaan Awam Negeri (18) Perasmian Perpustakaan Awam Negeri (19) Perasmian Perpustakaan Awam Negeri (20) Perasmian Perpustakaan Awam Negeri (21) Perasmian Perpustakaan Awam Negeri (22) Perasmian Perpustakaan Awam Negeri (23) Perasmian Perpustakaan Awam Negeri (24) Perasmian Perpustakaan Awam Negeri (25)