KUANTAN 14 November 2018 Bersamaan 6 Rabiulawal 1440 Hijrah – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah mengampuni limpah perkenaan menerima kunjungan menghadap Ketua Polis Pahang yang baharu, CP Dato’ Mohd Zakaria Bin Ahmad, di sini, hari ini. Majlis menghadap itu berlangsung di Istana Abdulaziz bermula pada pukul 10.00 pagi.

Mohd Zakaria memulakan tugas rasmi di negeri ini pada 9 Oktober lalu. Beliau mengambil alih tugas Dato’ Sri Rosli Ab Rahman yang dilantik menjadi Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman. Jawatan terdahulu beliau ialah Timbalan Pengarah Siasatan / Perundangan, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Turut sama dalam kunjungan menghadap, Ketua Cawangan Khas Pahang, SAC Mohd Khalid Bin Ismail. Tengku Abdullah turut mengampuni limpah perkenan menerima menghadap, mantan Panglima 4 Briged Mekanize, Brigadier Jeneral Dato’ Md. Din Abu, Panglima 4 Briged Mekanize yang baharu, Brigadier Jeneral, Riezal Arif dan Panglima 3 Divisyen, Mejar Jeneral Dato’ Mohammad Ab Rahman.Ketua Polis Pahang Yang Baharu Menghadap Pemangku Raja (1) Ketua Polis Pahang Yang Baharu Menghadap Pemangku Raja (2) Ketua Polis Pahang Yang Baharu Menghadap Pemangku Raja (3) Ketua Polis Pahang Yang Baharu Menghadap Pemangku Raja (4) Ketua Polis Pahang Yang Baharu Menghadap Pemangku Raja (5) Ketua Polis Pahang Yang Baharu Menghadap Pemangku Raja (6) Ketua Polis Pahang Yang Baharu Menghadap Pemangku Raja (7) Ketua Polis Pahang Yang Baharu Menghadap Pemangku Raja (8)Ketua Polis Pahang Yang Baharu Menghadap Pemangku Raja (9)Ketua Polis Pahang Yang Baharu Menghadap Pemangku Raja (10)Ketua Polis Pahang Yang Baharu Menghadap Pemangku Raja (11)Ketua Polis Pahang Yang Baharu Menghadap Pemangku Raja (12)Ketua Polis Pahang Yang Baharu Menghadap Pemangku Raja (13)