KUANTAN. 15 November 2018 Bersamaan 7 Rabiulawal 1440 Hijrah – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berharap konvensyen fatwa yang diadakan dapat memberi manfaat dan meningkatkan kefahaman umat Islam terhadap fungsi serta pengurusan dana wakaf yang terbaik. Baginda bertitah, program wakaf juga perlu terus diperkasakan selari dengan arus pemodenan negara ketika ini.

Tengku Abdullah mengakui, pembangunan aplikasi wakaf dalam konteks kewangan masih belum cukup serta dapat dilaksanakan sepenuhnya secara komersial. Bagaimanapun, titah baginda penuh yakin penganjuran konvensyen itu sebagai langkah bijak dalam meningkatkan lagi kefahaman terhadap sistem wakaf selain pengurusan dana wakaf untuk pembangunan sosioekonomi umat Islam.

“Saya juga menyeru, agar langkah ini tidak terhenti di sini sahaja. Program ini hendaklah diteruskan di semua kuliah masjid dan surau di seluruh pelosok negeri bagi membentuk kesedaran tinggi masyarakat terhadap wakaf,” Titah Tengku Abdullah ketika menyempurnakan perasmian penutup Konvensyen Fatwa Peringkat Negeri Pahang anjuran pejabat mufti, yang berlangsung di Hotel Grand DarulMakmur, di sini, semalam.

Titah baginda lagi, pengurusan dana wakaf perlulah berperanan lebih proaktif untuk mencari dana termasuk mencari pelabur berminat untuk menjalinkan hubungan strategik dengan institusi kewangan bagi membangunkan produk pelaburan baru tanah-tanah wakaf.

Turut hadir, YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, Sahibus Samahah Mufti Pahang, Dato’ Sri Dr. Haji Abdul Rahman Osman, Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Sri Ishak Muhammad dan Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), YDH Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid Wan Hassan.

Konvensyen tersebut dihadiri seramai kira-kira 300 peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai agama dari pelbagai peringkat di negeri ini termasuk pegawai kerajaan dan ahli korporat.

Manakala lima tokoh agamawan dijemput khas bagi pembentangan kertas kerja masing-masing. Mereka ialah Pengarah Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowment, Universiti Putra Malaysia, Prof. Madya Dr. Razali Osman, Pengurus Besar dan Pegawai Syariah, Bank Islam Malaysia Berhad, Tuan Haji Mohd Nazri Chik, Timbalan Rektor, Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah dan Penolong Mufti Bahagian Fatwa Jabatan Mufti Pahang, Dr. Haji Muhammad Azizi Azam.Konvensyen Fatwa Peringkat Negeri Pahang (1) Konvensyen Fatwa Peringkat Negeri Pahang (2) Konvensyen Fatwa Peringkat Negeri Pahang (3) Konvensyen Fatwa Peringkat Negeri Pahang (4) Konvensyen Fatwa Peringkat Negeri Pahang (5) Konvensyen Fatwa Peringkat Negeri Pahang (6) Konvensyen Fatwa Peringkat Negeri Pahang (7) Konvensyen Fatwa Peringkat Negeri Pahang (8) Konvensyen Fatwa Peringkat Negeri Pahang (9) Konvensyen Fatwa Peringkat Negeri Pahang (10) Konvensyen Fatwa Peringkat Negeri Pahang (11) Konvensyen Fatwa Peringkat Negeri Pahang (12) Konvensyen Fatwa Peringkat Negeri Pahang (13) Konvensyen Fatwa Peringkat Negeri Pahang (14) Konvensyen Fatwa Peringkat Negeri Pahang (15) Konvensyen Fatwa Peringkat Negeri Pahang (16) Konvensyen Fatwa Peringkat Negeri Pahang (17) Konvensyen Fatwa Peringkat Negeri Pahang (18) Konvensyen Fatwa Peringkat Negeri Pahang (19) Konvensyen Fatwa Peringkat Negeri Pahang (20) Konvensyen Fatwa Peringkat Negeri Pahang (21) Konvensyen Fatwa Peringkat Negeri Pahang (22) Konvensyen Fatwa Peringkat Negeri Pahang (23) Konvensyen Fatwa Peringkat Negeri Pahang (24)