KUANTAN 9 Disember 2018 Bersamaan 1 Rabiulakhir 1440 Hijrah – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang,

Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah bercemar duli berangkat Darjah-Darjah dan Pingat-Pingat Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Abu Bakar, Pekan, semalam.

Mengiringi baginda pada Istiadat itu ialah paduka-paduka anakanda, Yang Mulia Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah, Yang Mulia Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Yang Mulia Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah.

Turut mengiring hadir ialah paduka-paduka kekanda dan adinda baginda, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Lela Wangsa Pahang, Tengku Tan Sri Hajjah Meriam, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Kemala Pahang, Tengku Hajjah Dato’ Aishah dan Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Lela Manja Pahang, Tengku Dato’ Hajjah Nong Fatimah dan kerabat-kerabat diraja Pahang.

Pada istiadat itu, seramai 178 disenarai menerima penganugerahan Darjah dan Pingat Kebesaran Negeri Pahang semalam, sempena memuliakan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang 2018.

Mendahului penerima ialah mantan exco Pahang yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Pahang, Dato’ Hoh Khai Mun.

Beliau adalah seorang daripada 12 penerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Dato’ Sri, bersama-sama Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dato’ Norazman Ayob, Pengarah Urusan Sri Inderajaya Holdings Sdn Bhd dan Pengerusi ABM Fujiya Berhad Dato’ Tay Ah Ching @ Tay Chin Kin.

Penerima SSAP lain ialah Pengarah Urusan Kumpulan 1st Mais Groups of Companies Datuk Lee Pei Nam, Pengarah One One Eight Nine Enterprise Sdn Bhd Datuk Lim Eng Wah, Pengarah Kian Son Motor Sdn Bhd Dato’ Tan Ah Chong, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Q’Son Group Dr Chua Chwee Lee.

Turut menerima SSAP ialah CEO dan Presiden Berli Jucker Public Company Limited Aswin Techajareonvikul (repeat: Techajareonvikul), Pengarah Urusan Majestic Elite Group of Advisory Sdn Bhd Yap Kim Fah dan Pengarah Syarikat Sunrise Sdn Bhd, Pua Soo Siang.

Sultan Pahang juga turut berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran Dato’ kepada lima penerima, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Dato’ Mohammad Hamdan Wahid, CEO Pengurusan Air Pahang Berhad Dato’ Mohd Zahari Md Isa, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Pahang, Ir. Jamil Shaari, Pengarah Kanan Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan Jabatan Kerja Raya Malaysia, Rozita Yahya dan Pengurus Besar Petronas Wilayah Pantai Timur Wan Mohd Hasnan Abdullah.

Pada istiadat itu, seramai 34 menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang juga membawa gelaran Dato’ peringkat kedua, antaranya Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Ajis Sitin, Timbalan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman DCP Hashim Ali, Setiausaha Agung Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia, Syed Anuar Syed Mohamad dan Duta Besar Malaysia ke Hungary, Cheong Loon Lai.

Turut menerima DIMP ialah Pengarah Pertanian Pahang, Zahimi Hassan, Perunding Hartanah Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd, Mohd Hatim Abdul Aziz, Pegawai Daerah Lipis, Mohd Hafizi Ibrahim, Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Tioman, Khairur Rizal Ramli, Pengurus Besar Negeri Telekom Malaysia Berhad Zulfikri Hashim dan Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar Pahang, Md Yusli Ibrahim Mohd Yunus.

Antara penerima DIMP lain ialah Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Hospital Tawau Dr R.Sudesan, CEO Proton Edar Abdul Rashid Musa, Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang SAC Mohd Khalid Ismail, Penolong Pengarah (Perundangan) Cawangan Khas Bukit Aman SAC Mohammad Abdullah, Ketua Pusat Pengajian Sains Perisikan dan Kajian Strategik Maktab Polis Diraja Malaysia SAC, Tan Chong Jin.

Turut menerima DIMP ialah pereka fesyen dan Pengarah Urusan Riffai Couture Sdn Bhd, Mohd Riffairudin Husain, Setiausaha Bahagian Pembangunan dan Penswastaan Kementerian Kerja Raya Zahrul Hakim Abdullah, Timbalan Kanan Pendaftar Bahagian Pelaporan Undang-undang Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Balqis Aini Mohd Ali, Bekas Pengacara Televisyen yang kini Setiausaha Akhbar kepada Menteri Pengangkutan Malaysia, Mohamad Dahlan Md Maamor dan Pengerusi Lembaga Pelawat Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh, Sarif Azib.

Sultan Pahang juga berkenan mengurniakan Darjah Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) kepada lima penerima, Darjah Setia Mahkota Pahang (SMP) (13 penerima), Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP) (10 penerima), Ahli Mahkota Pahang (AMP) (29 penerima), Pingat Khidmat Cemerlang (PKC) (22 penerima), Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) (13 penerima) dan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) (35 penerima).

Hadir sama, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, Setiausaha Kerajaan negeri, Dato’ Sri Muhammad Safian Ismail dan Sahibus Samahah Mufti Pahang, Dato’ Sri Dr Haji Abdul Rahman Haji Osman.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang turut mengampuni perkenan meraikan penerima-penerima dan para tetamu dalam majlis santapan/makan tengahari yang berlangsung di Dewan Mulia Istana Abu Bakar, Pekan.