PEKAN. 18 Disember 2018 Bersamaan 10 Rabiulakhir 1440 Hijrah – Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang menerima sejumlah RM912,671.13 bayaran Zakat Perniagaan Badan-Badan Korporat, di sini hari ini. Bayaran zakat tersebut diterima sendiri oleh Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang berlangsung di Bilik Mesyuarat MUIP, Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan.

Turut mengiringi dan menyaksikan majlis bayar zakat itu ialah paduka anakanda baginda, Yang Amat Mulia Tengku Panglima Besar Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah. Mendahului, Koperasi Permodalan Felda (KPF) sebanyak RM515,000.00 yang diwakili Ahli Lembaga Pengarahnya, Yang Hormat Dato’ Zainal Hassan diikuti Mohd Zaharin Jaafar yang mewakili Radicare Groyp Of Companies (RM 193,600.00).

Manakala pembayar lain, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebanyak RM139,071.13 menerusi Pengurus Kanan, Pejabat PTPTN Negeri Pahang, dan Agrobank diwakil Ketua Operasinya, Zahid Ahmad Zawawi (65,000.00). Tuanku Yang Dipertua MUIP, Tengku Abdullah, menzahirkan ucapan bersyukur dan mengucapkan penghargaan terima kasih kepada semua pembayar zakat.

Sementara itu, Pengurus Besar Kanan PKZ, Yang Hormat Dato’ Haji Halidan Md Daud memberitahu, kutipan terkumpul bagi tahun 2018 sehingga semalam, RM104.2 juta yang membabitkan seramai 82,195 orang. Menurutnya, bagi tahun ini PKZ meletakkan sasaran punggutan sebanyak RM130 juta.

“Insya Allah sasaran tersebut boleh dicapai…kita sudah kenal pasti beberapa pihak yang akan membuat bayaran sebelum berakhir tahun ini,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Yang Dipertua MUIP, Yang DiHormat Orang Kaya Indera Pahlawan, Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid Haji Wan Hassan.

Tuanku Yang Dipertua MUIP Terima Zakat Perniagaan (1) Tuanku Yang Dipertua MUIP Terima Zakat Perniagaan (2) Tuanku Yang Dipertua MUIP Terima Zakat Perniagaan (3) Tuanku Yang Dipertua MUIP Terima Zakat Perniagaan (4) Tuanku Yang Dipertua MUIP Terima Zakat Perniagaan (5) Tuanku Yang Dipertua MUIP Terima Zakat Perniagaan (6) Tuanku Yang Dipertua MUIP Terima Zakat Perniagaan (7) Tuanku Yang Dipertua MUIP Terima Zakat Perniagaan (8) Tuanku Yang Dipertua MUIP Terima Zakat Perniagaan (9) Tuanku Yang Dipertua MUIP Terima Zakat Perniagaan (10) Tuanku Yang Dipertua MUIP Terima Zakat Perniagaan (11) Tuanku Yang Dipertua MUIP Terima Zakat Perniagaan (12) Tuanku Yang Dipertua MUIP Terima Zakat Perniagaan (13) Tuanku Yang Dipertua MUIP Terima Zakat Perniagaan (14) Tuanku Yang Dipertua MUIP Terima Zakat Perniagaan (15) Tuanku Yang Dipertua MUIP Terima Zakat Perniagaan (16) Tuanku Yang Dipertua MUIP Terima Zakat Perniagaan (17) Tuanku Yang Dipertua MUIP Terima Zakat Perniagaan (18) Tuanku Yang Dipertua MUIP Terima Zakat Perniagaan (19) Tuanku Yang Dipertua MUIP Terima Zakat Perniagaan (20)