Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang mewajibkan penceramah bertauliah dan penceramah bebas memperoleh Perakuan Kebenaran Mengajar atau Kebenaran Khas Berceramah bermula tahun hadapan (2019). Keputusan ini merujuk kepada Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 (Enakmen No 11/2013) dan secara jelas disebut dalam Seksyen 112(3) dan Seksyen 116 bahawa Jawatankuasa mempunyai kuasa mengeluarkan surat kebenaran bagi maksud mengajar mengenai apa-apa aspek agama Islam dan menarik balik kebenaran itu; dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang atas nasihat MUIP boleh mengeluarkan pemberitahuan melalui pewartaan enakmen berkenaan.

Yang DiHormat Orang Kaya Indera Pahlawan, Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Pahang, Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Haji Wan Hassan memaklumkan bahawa “Kaedah-kaedah perakuan mengajar agama Islam di Pahang sudah diwartakan pada 26 Oktober 2017 dan Majlis akan melaksanakan dengan lebih tegas bermula tahun depan.”

“Justeru, siapa sahaja yang berminat untuk berceramah atau mengajar agama Islam di Pahang perlu memiliki sama ada Perakuan Kebenaran Mengajar atau Kebenaran Khas Berceramah.”

Sekiranya tiada perakuan diperoleh, disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 52 Mengajar agama Islam tanpa kebenaran atau tauliah, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013. Mana-mana orang yang, kecuali di tempat kediamannya sendiri dan di hadapan ahli-ahli keluarganya sahaja, mengajar apa-apa hukum atau ajaran agama Islam tanpa kebenaran atau tauliah daripada Majlis melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Hadir sama semasa Taklimat Perakuan Kebenaran Mengajar Agama Islam Negeri Pahang yang diadakan di Hotel Grand DarulMakmur, Kuantan, Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang, YH Dato’ Sri Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Osman, YH Setiausaha Majlis Ugama Islam Pahang, Dato’ Ahmad Hairi bin Haji Hussain serta al-Fadhil Qadhi-Qadhi daerah.

Permohonan Perakuan Kebenaran Mengajar mengambil masa kiri-kira sebulan untuk proses kelulusan yang disaring oleh Majlis Ugama Islam Pahang dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Pahang (JMNP). Perakuan berkenaan sah digunakan bagi tempoh 2 tahun, namun begitu pihak Majlis boleh menarik balik kelulusan terbabit jika pemohon melanggar peraturan ditetapkan. Manakala proses lulus Kebenaran Khas Berceramah dalam tempoh 24 jam dan tertakluk kepada budi bicara qadhi daerah selepas memaklumkan mendapat persetujuan dari JMNP.

Menerusi lama web eperakuan.muip.gov.my pemohon boleh mengemukakan permohonan. E-Perakuan adalah merupakan satu inisiatif bagi memudahkan umat Islam negeri Pahang untuk memohon perakuan mengajar agama Islam di negeri Pahang dari Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang secara online. Keperluan e-Perakuan ini adalah berdasarkan Kaedah 2, Kaedah-kaedah Perakuan Kebenaran Mengajar Agama Islam (Pahang) 2017 iaitu menafsirkan mengajar agama Islam ertinya mengajar atau memberi ceramah, syarahan, kuliah, khutbah, tazkirah atau dengan apa-apa cara sekalipun yang seumpama dengannya, berhubung dengan agama Islam kepada orang ramai. E-Perakuan ini dapat menyediakan pelbagai jenis kemudahan kepada pengguna antaranya permohonan perakuan baharu, permohonan mempebaharui perakuan, menyemak perakuan mengajar dan mendapatkan dokumen digital perakuan mengajar.Penceramah Agama Wajib Perolehi Perakuan Mulai 2019 (1) Penceramah Agama Wajib Perolehi Perakuan Mulai 2019 (2) Penceramah Agama Wajib Perolehi Perakuan Mulai 2019 (3) Penceramah Agama Wajib Perolehi Perakuan Mulai 2019 (4) Penceramah Agama Wajib Perolehi Perakuan Mulai 2019 (5) Penceramah Agama Wajib Perolehi Perakuan Mulai 2019 (6) Penceramah Agama Wajib Perolehi Perakuan Mulai 2019 (7) Penceramah Agama Wajib Perolehi Perakuan Mulai 2019 (8) Penceramah Agama Wajib Perolehi Perakuan Mulai 2019 (9) Penceramah Agama Wajib Perolehi Perakuan Mulai 2019 (10) Penceramah Agama Wajib Perolehi Perakuan Mulai 2019 (11) Penceramah Agama Wajib Perolehi Perakuan Mulai 2019 (12) Penceramah Agama Wajib Perolehi Perakuan Mulai 2019 (13) Penceramah Agama Wajib Perolehi Perakuan Mulai 2019 (14) Penceramah Agama Wajib Perolehi Perakuan Mulai 2019 (15) Penceramah Agama Wajib Perolehi Perakuan Mulai 2019 (16)