KUANTAN 6 Januari 2019 bersamaan 29 Rabiul Akhir 1440H – Yang Amat Mulia Tengku Panglima Besar Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mendaftar masuk ke Akademi Tentera Diraja Sandhurst (Royal Military Academy Sandhurst) di United Kingdom, hari ini. Putera sulung kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah dan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ini bakal menghabiskan tempoh masa setahun di akademi berkenaan.

Seramai 39 pelajar antarabangsa mendaftar pada tahun ini termasuk Pegawai Kadet Tentera Darat Malaysia, Muhamad Muiz Muzammil Mukhtar yang berasal dari Sik, Kedah. Lebih bermakna, pada hari sama mendaftar masuk Tengku Hassanal, Tengku Abdullah menerima pingat Alumni Sandhurst daripada Komandan RMA Sandhurst, Maj General Paul Nanson.

Baginda menghabiskan masa hampir dua jam di akademi tersebut. Sebelum menyertai akademi ini, Tengku Hassanal telah memasuki Kem Tentera Darat Batu 10 selama sebulan bagi menjalani latihan asas ketenteraan termasuk mengendali senjata, berkawad, latihan jasmani, membaca peta dan menembak.

Selain Tengku Abdullah sendiri yang pernah menuntut di akademi tersebut pada tahun (1979-1980), ia turut menjadi pilihan raja dan sultan-sultan negara ini menghantar putera masing-masing yang merupakan pewaris tahta menimba ilmu dan latihan ketenteraan di Sandhurst.

Akademi Tentera Diraja Sandhurst membina kepimpinan setiap kadet terutamanya berkaitan kepimpinan, kecerdasan serta kecekapan sebagai persediaan bergelar sebagai pegawai tentera yang bertauliah. Kursus ini diakreditasi oleh pelbagai institusi akademik dan profesional di mana mereka akan melalui latihan dan penilaian yang lebih spesifik.Tengku Hassanal sertai Akademi Tentera Diraja Sandhurst (1) Tengku Hassanal sertai Akademi Tentera Diraja Sandhurst (2) Tengku Hassanal sertai Akademi Tentera Diraja Sandhurst (3) Tengku Hassanal sertai Akademi Tentera Diraja Sandhurst (4) Tengku Hassanal sertai Akademi Tentera Diraja Sandhurst (5) Tengku Hassanal sertai Akademi Tentera Diraja Sandhurst (6) Tengku Hassanal sertai Akademi Tentera Diraja Sandhurst (7) Tengku Hassanal sertai Akademi Tentera Diraja Sandhurst (8) Tengku Hassanal sertai Akademi Tentera Diraja Sandhurst (9)