PEKAN 22 Januari 2019 Bersamaan 15 Jamadil Awal 1440H – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah hari ini bercemar duli berangkat menziarah keluarga pelajar mati lemas, Ahad lalu. Baginda berangkat tiba di rumah keluarga mangsa di Perumahan Dato’ Shahbandar di sambut bapa mangsa, Ustaz Mohd Shukor Ahmad Gundal, 65 dan ahli keluarga.

Keberangkatan Al-Sultan Abdullah, hari ini merupakan ziarah peribadi pertama baginda selepas dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang Ke-6. Baginda meluangkan masa hampir sejam bersama keluarga yang masih trauma di atas kehilangan Mohammad Fariz Mohd Shukor, 16, yang ditemukan lemas di Sungai Pahang di Kampung Tanjung Medang.

Al-Sultan Abdullah turut menyertai tahlil yang dipimpin Al-Fadhil Kadi daerah Pekan, Ahmad Nizam Abd Manan. Sebelum berangkat pulang, baginda mengampuni limpah perkenan mengurniakan sedekah baginda kepada bapa mangsa. Turut hadir memuliakan keberangkat Al-Sultan Abdullah, Pegawai Daerah Pekan, Dato’ Zaliza Zulkepli dan Ketua Polis Daerah Pekan, Amran Sidek.

Sementara itu, baginda turut mengampuni perkenan menerima wartawan menghadap, Al-Sultan Abdullah menitahkan supaya pihak berkuasa menaikkan papan tanda amaran kawasan yang dikenal pasti berisiko sama ada di sungai atau kolam sebagai peringatan kepada orang awam. Baginda menambah walaupun kejadian tidak diingini seperti lemas adalah ketentuan Allah, namun langkah berjaga-jaga boleh dilakukan.

“Saya juga sentiasa menasihatkan rakyat untuk tidak bermain di tepi sungai atau kolam kerana kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa. Ibu bapa juga diingatkan untuk sentiasa memantau anak-anak” titah baginda.AL-SULTAN ABDULLAH ZIARAH KELUARGA PELAJAR MATI LEMAS (1) AL-SULTAN ABDULLAH ZIARAH KELUARGA PELAJAR MATI LEMAS (3) AL-SULTAN ABDULLAH ZIARAH KELUARGA PELAJAR MATI LEMAS (4) AL-SULTAN ABDULLAH ZIARAH KELUARGA PELAJAR MATI LEMAS (5) AL-SULTAN ABDULLAH ZIARAH KELUARGA PELAJAR MATI LEMAS (6) AL-SULTAN ABDULLAH ZIARAH KELUARGA PELAJAR MATI LEMAS (7) AL-SULTAN ABDULLAH ZIARAH KELUARGA PELAJAR MATI LEMAS (8) AL-SULTAN ABDULLAH ZIARAH KELUARGA PELAJAR MATI LEMAS (9) AL-SULTAN ABDULLAH ZIARAH KELUARGA PELAJAR MATI LEMAS (10) AL-SULTAN ABDULLAH ZIARAH KELUARGA PELAJAR MATI LEMAS (2)