KUANTAN 23 Januari 2019 Bersamaan 17 Jamadil Awal 1440H – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah mengampuni limpah perkenan menerima kunjungan hormat menghadap Konsul Jenderal Indonesia ke Malaysia, Bapak Haris Nugroho dan isterinya, Ibu Restiti Nugroho

di Istana Abdulaziz, di sini, hari ini.

Ketibaan pasangan disambut pegawai-pegawai kanan Istana Abdulaziz.

Mengiringi baginda pada majlis tersebut Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Bapak Haris dan isteri yang akan menamatkan tugasan sebagai Konsul Indonesia di negara ini Mac depan.

Turut diperkenan menghadap hari ini, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Maritim Dato’ Sri Zulkifili Abu Bakar, Timb Ketua Pengarah APMM, Laksamana Madya Maritim Dato’ Mohd Zubil Mat Som dan Laksamana Muda Dato’ Zulkarnain Mohd Omar.

Tetamu terakhir Al-Sultan Abdullah yang mengambil giliran menghadap, Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Hasagaya Abdullah yang turut disertai

Panglima 4 Briged (Mekanise), Brig Jen Reizal Arif bin Ismail.

Baginda dan isteri turut meraikan Konsul Indonesia, Bapak Haris dan isteri serta semua tetamu dalam majlis santapan/makan tengah hari.