KUANTAN 23 Jan – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah mengampuni limpah perkenan menyempurkan pemakaian pangkat kepada juruiring atau ADC (Aide-De-Camp) baginda Mejer Mohamed Najmi Mohd Sharawi yang dinaikan pangkat Leftenan Kolonel di Istana Abdulaziz di sini, hari ini.

Mohamed Najmi mula berkhidmat secara rasmi pada 18 Febuari 2010 sebagai ADC kepada Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang kemudian meneruskan tugas ADC kepada Tengku Abdullah yang dilantik Pemangku Raja Pahang.

Al-Sultan Abdullah selepas dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang Ke-VI menzahirkan serta mengampuni limpah perkenan untuk menyambung tugasan Mohamed Najmi sebagai ADC kepada baginda.

Majlis pemakaian pangkat disempurnakan sendiri oleh Al-Sultan Abdullah bersama Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Hasagaya Abdullah dalam satu majlis ringkas di Istana Abdulaziz.

Turut menyaksikan majlis pemakaian pangkat itu, Panglima 4 Briged (Mekanise), Brig Jen Reizal Arif bin Ismail.