KUALA LUMPUR 24 Januari 2019 Bersamaan 19 Jamadil Awal 1440H – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang,  Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Shah hari ini dipilih sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang baharu bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 31 Jan 2019. Pemilihan Seri Paduka Baginda dibuat pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-251 (Khas) di Istana Negara, hari ini.

Al-Sultan Abdullah yang baru dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang Ke-VI pada 11 Januari lalu bagi mengantikan Sultan Muhammad V yang meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuatkuasa 6 Januari lalu. Pada mesyuarat tersebut, majlis Raja-Raja memilih Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh sama, menurut kenyataan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad yang dikeluarkan hari ini.

Manakala di Pahang, majlis kesyukuran sempena memuliakan permasyhuran Al-Sultan Abdullah sebagai Sultan Pahang Ke-VI dan perlantikkan baginda sebagai SPB Yang DiPertuan Agong akan diadakan Masjid Baharu Temerloh selepas solat Jumaat, esok.

Mengikut aturcara majlis yang dikeluarkan hari ini, Al-Sultan Abdullah diiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.

Turut memuliakan keberangkatan, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang dan pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri dan daerah Temerloh.Sultan Pahang dilantik SPB Yang Dipertuan Agong (1) Sultan Pahang dilantik SPB Yang Dipertuan Agong (2) Sultan Pahang dilantik SPB Yang Dipertuan Agong (3) Sultan Pahang dilantik SPB Yang Dipertuan Agong (4) Sultan Pahang dilantik SPB Yang Dipertuan Agong (5) Sultan Pahang dilantik SPB Yang Dipertuan Agong (6) Sultan Pahang dilantik SPB Yang Dipertuan Agong (7) Sultan Pahang dilantik SPB Yang Dipertuan Agong (8) Sultan Pahang dilantik SPB Yang Dipertuan Agong (9) Sultan Pahang dilantik SPB Yang Dipertuan Agong (10)