MARAN. 21 Januari 2015 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (Majlis) telah mengikuti Program Gotong – Royong Mahkota Amal Dan Baik Pulih Rumah Mangsa Banjir di sekitar daerah Maran dan Bera . Program ini bertujuan untuk membantu mangsa-mangsa banjir membaik pulih kediaman mereka yang musnah. Program ini dijalankan di beberapa buah kampung sekitar daerah Maran dan Bera seperti di Kampung Pancor, Kampung Sembai Chenor Maran dan di Kampung Kuala Triang Bera.

Seramai 12 Orang penerima mendapat sumbangan kewangan daripada Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang yang telah dikurniakan oleh Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al – Musta’in Billah selaku Tuanku Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang yang berkenan mencemar duli mengetuai program ini. Baginda juga mengurniakan sumbangan peribadi kepada mangsa –mangsa banjir untuk meringankan beban mereka.

1 2 3