KUANTAN 11 Febuari 2019 Bersamaan 6 Jamadil Akhir 1440H – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-XVI, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Shah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj bercemar duli berangkat mengadakan kunjungan muhibah ke Negara Brunei Darussalam, semalam.

Lawatan dua hari itu, baginda berdua menghadap Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, dan Yang Mulia Duli Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancaran Pengiran Anak Haji Mohamed Alam di Cheradi Laila Kenchana, Istana Nurul Iman. Lawatan tersebut merupakan lawatan negara pertama Al-Sultan Abdullah selepas baginda dilantik dan dimasyhurkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI pada 31 Januari lalu. Al-Sultan Abdullah menyifatkan lawatan dua hari itu mengeratkan hubungan kedua-dua negara yang berjiran.

“Lawatan ini, mengeratkan muhibah dan silaturahim di antara kedua-dua keluarga DiRaja dan Rakyat Negara Malaysia dan Brunei”, titah baginda ketika dihubungi Ketua Pengarang Portal Diraja Pahang, hari ini.

Keberangkatan tiba baginda di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei disambut oleh Yang Mulia Putera Haji Al-Muhtadee Billah, Putera Mahkota dan Menteri Kanan di Pejabat Perdana Menteri, dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab Rahaman dan Putera Duli Yang Teramat Mulia ‘Abdul Mateen. Mengiringi Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong ialah paduka-paduka anakanda baginda, Yang Mulia Tengku Amir Nasser Ibrahim, Yang Mulia Puteri Suraiya Afzan Dato’ Mohd Moiz dan Yang Mulia Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.

Upacara itu diikuti oleh Majlis Santapan Malam Diraja yang diadakan di Baitul Rahmah. Majlis Santapan Malam Diraja bermula dengan bacaan Doa Selamat oleh Mufti Negeri Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

Turut hadir meraikan keberangkatan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong ialah Yang Mulia Putera Haji Al-Muhtadee Billah, Putera Mahkota dan Menteri Kanan di Pejabat Perdana Menteri, dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab Rahaman; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul’ Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah; Putera Duli Yang Teramat Mulia ‘Abdul Mateen; Putera Duli Yang Teramat Mulia ‘Abdul Wakeel; Yang Mulia Putera Mohamed Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Pengiran Anak Hajah Zariah; Yang Mulia Putera Haji Sufri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah binti Dato Haji Nasir; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Norhayati binti Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abdul Rahman; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak ‘Azemah Ni’matul Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Putri Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Putri Ameerah Wardatul Bolkiah; dan Yang Mulia Puteri Hajah Masna, Duta Besar di Kementerian Luar Negeri.Lawatan SPB Yang Di-Pertuan Agong ke Brunei (1) Lawatan SPB Yang Di-Pertuan Agong ke Brunei (2) Lawatan SPB Yang Di-Pertuan Agong ke Brunei (3) Lawatan SPB Yang Di-Pertuan Agong ke Brunei (4) Lawatan SPB Yang Di-Pertuan Agong ke Brunei (5) Lawatan SPB Yang Di-Pertuan Agong ke Brunei (6) Lawatan SPB Yang Di-Pertuan Agong ke Brunei (7) Lawatan SPB Yang Di-Pertuan Agong ke Brunei (8) Lawatan SPB Yang Di-Pertuan Agong ke Brunei (9) Lawatan SPB Yang Di-Pertuan Agong ke Brunei (10) Lawatan SPB Yang Di-Pertuan Agong ke Brunei (11) Lawatan SPB Yang Di-Pertuan Agong ke Brunei (12) Lawatan SPB Yang Di-Pertuan Agong ke Brunei (13) Lawatan SPB Yang Di-Pertuan Agong ke Brunei (14) Lawatan SPB Yang Di-Pertuan Agong ke Brunei (15) Lawatan SPB Yang Di-Pertuan Agong ke Brunei (16) Lawatan SPB Yang Di-Pertuan Agong ke Brunei (17) Lawatan SPB Yang Di-Pertuan Agong ke Brunei (18) Lawatan SPB Yang Di-Pertuan Agong ke Brunei (19) Lawatan SPB Yang Di-Pertuan Agong ke Brunei (20)