KUALA LUMPUR 13 Febuari 2019 Bersamaan 8 Jamadil Akhir 1440H – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Shah mengampuni limpah perkenaan menerima menghadap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Istana Negara di sini hari ini.

Tun Dr. Mahathir yang dijadualkan menghadap hari ini, tiba di Istana Negara seawal 7.50 pagi.

Majlis menghadap itu berlangsung kira-kira satu jam, bermula pukul 8 pagi.

Ianya merupakan rutin setiap hari Rabu bagi seorang Ketua Kerajaan iaitu Perdana Menteri menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku ketua negara terlebih dahulu, sebelum mempengerusikan mesyuarat mingguan post kabinet.

Al-Sultan Abdullah turut mengampuni limpah perkenan bergambar kenangan dengan Perdana Menteri.