KUANTAN – 20 Febuari 2019 Bersamaan 16 Jamadil Akhir 1440H – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah mengingatkan Umat Islam supaya tidak memberi tafsiran berkaitan al-Quran mengikut akal dan logik semata-mata demi kepentingan peribadi serta kumpulan tertentu. Titah baginda, sikap tersebut yang melibatkan segelintir individu sejak akhir-akhir ini perlu ditangani segera kerana boleh meruntuhkan akidah, institusi keluarga dan menimbulkan perpecahan dalam kalangan umat Islam jika dibiarkan berlarutan.

“Oleh demikian, kefahaman mendalam terhadap tafsiran yang tepat isi kandungan al-Quran adalah sangat penting.

“Sahsiah atau akhlak yang dibina berpaksikan ajaran al-Quran akan berupaya melahirkan masyarakat yang bertakwa dan bahagia di dunia serta akhirat,” titah Al-Sultan Abdullah ketika menutup Majlis Tilawah al-Quran peringkat negeri kali ke-62 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini malam tadi.

Berkenan berangkat mengiringi baginda, Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj dan paduka anakanda, Yang Mulia Tengku Amir Nasser Ibrahim dan Isteri, Yang Mulia Puteri Suraya Dato’ Mohammad Moiz. Turut hadir sama, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail; Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan negeri, Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad, Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan negeri, Dato’ Sri Dr. Salehuddin Ishak; Mufti Pahang, Dato’ Seri Dr. Haji Abdul Rahman Haji Osman, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang dan Pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri.

Al-Sultan Abdullah turut menyeru semua masjid di negeri ini untuk menjadi pemudah cara bagi menyuburkan budaya membaca al-Quran dalam kalangan umat Islam. Seri Paduka juga turut mengingatkan umat Islam tentang kewajipan menjadikan kitab suci al-Quran sebagai rujukan utama dalam kehidupan.

“Mudah-mudahan umat Islam akan mencapai kejayaan dalam menjadikan al-Quran sebagai panduan dan pedoman kehidupan.

“Al-Quran adalah sumber rujukan yang mampu menjadi petunjuk arah dalam kehidupan seharian.

“Kitab suci ini juga berupaya menangani pelbagai cabaran dan ancaman terhadap akhlak serta moral masyarakat yang berleuasa ketika ini,” titah baginda.

Pada majlis itu, Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong turut turut mengampuni limpah perkenan menyempurnakan pengurnian hadiah kepada para pemenang termasuk mengurniakan cenderahati kepada semua qari yang mengambil bahagian pada tilawah tahun ini. Manakala Raja Permaisuri Agong mengampuni limpah perkenaan menyempurna pengurniaan hadiah dan cenderahati kepada pemenang dan peserta qariah.

Pemenang bagi kategori qari, Mohamad Syaheed Sabri yang mewakili daerah Raub dinobat johan qari, manakala johan qariah disandang Suhaili Mohd yang mewakil daerah Jerantut. Masing-masing menerima Piala Pusingan, hadiah-hadiah iringan berserta wang tunai RM8,000. Kedua-dua pemenang akan mewakili negeri Pahang pada Majlis Tilawah Peringkat Kebangsaan.KDYMM Yang Dipertuan Agong Berangkat ke Majlis Tilawah Al-Quran (1) KDYMM Yang Dipertuan Agong Berangkat ke Majlis Tilawah Al-Quran (2) KDYMM Yang Dipertuan Agong Berangkat ke Majlis Tilawah Al-Quran (3) KDYMM Yang Dipertuan Agong Berangkat ke Majlis Tilawah Al-Quran (4) KDYMM Yang Dipertuan Agong Berangkat ke Majlis Tilawah Al-Quran (5) KDYMM Yang Dipertuan Agong Berangkat ke Majlis Tilawah Al-Quran (6) KDYMM Yang Dipertuan Agong Berangkat ke Majlis Tilawah Al-Quran (7)KDYMM Yang Dipertuan Agong Berangkat ke Majlis Tilawah Al-Quran (8)KDYMM Yang Dipertuan Agong Berangkat ke Majlis Tilawah Al-Quran (9)KDYMM Yang Dipertuan Agong Berangkat ke Majlis Tilawah Al-Quran (10)KDYMM Yang Dipertuan Agong Berangkat ke Majlis Tilawah Al-Quran (11)KDYMM Yang Dipertuan Agong Berangkat ke Majlis Tilawah Al-Quran (12)KDYMM Yang Dipertuan Agong Berangkat ke Majlis Tilawah Al-Quran (13)KDYMM Yang Dipertuan Agong Berangkat ke Majlis Tilawah Al-Quran (14)KDYMM Yang Dipertuan Agong Berangkat ke Majlis Tilawah Al-Quran (15)