PEKAN – 21 Febuari 2019 Bersamaan 17 Jamadil Akhir 1440H – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni

bercemar duli berangkat ke Majlis Taklimat Pembangunan Projek Pekan Sentral dan melawat Komplek Sukan Sultan Haji Ahmad Shah di sini, hari ini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka disambut Yang di-Pertua Majlis Daerah Pekan (MDP), Dato’ Rose Shamsul Abdul Razak, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, Dato’ Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff, Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri Peramu Jaya, Dato’ Sri Sh. Puzi Sh Ali dan Pegawai Daerah Pekan, Yang Hormat Dato’ Zaliza Zulkipli.

Majlis persembahan taklimat ringkas pembangunan Projek Pekan Sentral disampaikan oleh Dato’ Rose Shamsul di Tingkat 1, Stadium Mini.

Pada taklimat tersebut, Ros Shamsul menyembah maklum Kerajaan Persekutuan menerusi Wilayah Ekonomi Pantai Timur

(ECER) telah menyiapkan sebuah Mini Stadium dan sebuah bagunan dewan serbaguna di atas tanah seluas 14.67 ekar.

Komplek Sukan tersebut dinamakan sebagai Komplek Sultan Haji Ahmad Shah

Menurut Rose Shamsul, komplek sukan itu dilengkapan pada bolasepak lengkap dengan 1,000 tempat duduk penonton dan trek olahraga serta lampu limpah.

Manakala dewan serbaguna, Seri Inderapura bersebelahan Mini Stadium dengan tiga buah gelanggang badminton.

“Kawasan ini juga dibina parkir kenderaan dan juga petak parkir bas “, katanya dalam persembahan taklimat kesisi Al-Sultan Abdullah.

Tambahnya, kemudahan tersebut mula dibina 6 Mac 2017, siap sepenuhnya 30 Oktober 2018 sebelum diserahkan kepada kerajaan negeri sebelum diserahkan kepada MDP pada 18 Febuari 2019.

Pada masa sama, Rose Shamsul turut menyembah maklum, MDP turut bercadang membangunkan kawasan dihadapan Komplek Sukan diatas tanah seluas enam ekar dengan pembangunan bercampur.

Tambahnya, antara cadangan pembinaan kawasan tersebut bangunan sebuah terminal bas dan sebuah pasar baharu yang boleh menampung lebih ramai peniaga.

Al-Sultan Abdullah kemudian berangkat turun meninjau permukaan padang bolasepak yang ditanam dengan rumput jenis ‘Cow Grass’ sebelum berangkat pulang.

Turut hadir memuliakan lawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ialah Pegawai-pagawai Kanan ECER.