KUANTAN 23 Febuari 2019 Bersamaan 18 Jamadil Akhir 1440H – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj ke Majlis bercemar duli berangkat hadir, Majlis resepsi perkahwinan pasangan pengantin baharu, Mohamad Raffik Dato’ Haji Khiyon dan Ain Hayati Dato’ Sri Muhammad Safian yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini hari ini.

Keberangkatan tiba KDYMM Seri Paduka Baginda tepat jam 12.30 tengah hari disambut oleh ibu bapa kepada kedua pasangan pengantin dan ahli keluarga.

Majlis risepsi dimulakan dengan majlis menghadap KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong oleh pasangan pengantin baharu dan ibu bapa kedua pengantin di Bilik Khas, dikuti sesi bergambar keluarga sebelum majlis santapan dan jamuan tengah hari.

Antara kerabat diraja Pahang yang hadir sama meraikan ‘Raja Sehari’ ialah Pengerusi Jumaah Pemangku Raja Pahang, Yang Amat Mulia Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Ibni Sultan Haji Ahmad Shah, Ahli Jumaah Pemangku Raja Pahang, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Lela Wangsa Pahang, Tengku Tan Sri Hajjah Meriam Sultan Haji Ahmad Shah dan suami Yang Amat Berbahagia Dato’ Sri Sheikh Mohd Taufeq Ozier dan Yang Amat Mulia Tengku Puteri Lela Manja Pahang, Tengku Dato’ Hajjah Nong Fatimah Sultan Haji Ahmad Shah, YAM Tengku Besar Pahang, Tengku Kamil Ismail Tengku Idris Shah dan isteri, YM Tengku Amir Nasser Ibrahim dan isteri.

Selain daripada tetamu diraja, kira-kira 2,000 jemputan yang terdiri orang kenamaan, pegawai-pegawai kanan kerajaan, ahli-ahli politik termasuk kaum keluarga kedua belah pihak.

Turut hadir sama, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail dan isteri, Datin Sri Burhah Mohammed, Setiausaha Kerajaan negeri Pahang, YH Dato’ Sri Dr Sallehudin Ishak, Sahibus Samahah Mufti Pahang, YH Dato’ Sri Dr Haji Abdul Rahman Haji Osman, mantan Menteri Besar Pahang, YB Dato’ Sri Diraja Haji Adnan Yaakob dan isteri masing-masing.

Pengantin perempuan, Ain Hayati, anak kepada mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, YH Dato’ Sri Muhammad Safian Ismail dan isteri, Dato’ Indera Jamaliah bt. Zainal Abidin.

Pasangan sebaya yang berusia 25 tahun itu dinikah oleh Jurunikah Jabatan Agama Islam Pahang, Tuan Haji Ishak Muda di dewan yang sama, selepas solat Jumaat, semalam.