KUANTAN. 25 Mac 2019 Bersamaan 18 Rejab 1440H – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj dimasyhurkan sebagai Canselor UCYP yang pertama pada Istiadat Pemasyhuran Tuanku Canselor dan Konvokesyen University College of Yayasan Pahang (UCYP) di sini, hari ini. Istiadat gilang gemilang itu berlangsung di Bukit Gambang Resort City.

Mengiringi baginda, paduka-paduka anakanda baginda, Yang Amat Mulia Mejar Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan isteri serta anakanda puteri, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Baginda dimasyhurkan sebagai Canselor UCYP yang pertama memandangkan sebelum ini UCYP adalah sebuah kolej universiti yang bertapak di Pahang sejak 27 tahun lalu. Pada istiadat yang sama, paduka anakanda baginda, Yang Amat Mulia Mejar Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah turut menerima pengurniaan watikah perlantikan sebagai Pro-Canselor UCYP.

Sementara itu, Tuanku Canselor bertitah, baginda menzahirkan cadangan supaya satu tabung atau dana pendidikan universiti diwujudkan khusus untuk membantu pelajar-pelajar yang memerlukan bantuan kewangan terutama mereka yang datang dari keluarga susah. Baginda berharap bantuan kewangan itu dapat menampung perbelanjaan seharian mereka sebagai seorang pelajar.

“Justeru, organisasi kerajaan dan swasta mahupun individu yang berkemampuan diseru agar dapat menyumbang kepada tabung tersebut sebagai usaha bersama ke arah pembangunan pendidikan anak-anak generasi masa depan,” ketika menyempurnakan titah ulung baginda selepas dimasyhurkan sebagai Canselor UCYP.

Tunku Azizah turut menzahirkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua para graduan, ibu bapa graduan termasuk para pensyarah yang telah membimbing para graduan hingga mencapai kejayaan.

“Kejayaan para graduan hari ini merupakan permulaan kepada pelengkap pembangunan tamadun Malaysia yang maju, mempunyai nilai hidup yang berteraskan kepada prinsip yang berkualiti, adil dan saksama,” titah baginda.

Baginda juga menyeru kepada graduan supaya menyokong secara aktif dalam kelab alumni UCYP.

“Graduan seharusnya membantu universiti baik dari segi kewangan mahupun pemikiran supaya UCYP bertambah maju dan membangun dengan pesat, seterusnya kecemerlangan yang dicapai UCYP akan terus terpelihara.

Manakala pada Istiadat Konvokesyen, Tuanku Canselor turut mengampuni limpah perkenaan mengurniakan skrol ijazah dan diploma kepada para graduan. Seramai 23 graduan menerima Ijazah Sarjana, Ijazah Sarjana Muda (53) dan Diploma (374). Istiadat ini turut dihadiri Naib Canselor UCYP, Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ahmad Haji Zaunuddin, Ahli Lembaga Pengarah KYP Education Sdn Bhd, Ahli Lembaga Pengelola UCYP, ibu bapa dan ahli keluarga graduan.

Hadir sama, Yang Di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pahang, Yang Berhormat Dato’ Sri Haji Ishak Muhammad, Yang Amat Mulia Tengku Besar Pahang, Tengku Kamil Ismail Tengku Idris Shah, Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, YDH Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid Wan Hassan, Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, Dato’ Sri Hajah Shahaniza Binti Shamsuddin, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas, Sistem Penyampaian Awam dan Inovasi Negeri Pahang, Dato’ Sri Norolazali Bin Sulaiman, Ahli-Ahli Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang dan Pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri dan isteri masing-masing.1Raja Permaisuri Agong Dimasyhurkan Canselor UCYP Pertama 2Raja Permaisuri Agong Dimasyhurkan Canselor UCYP Pertama 3Raja Permaisuri Agong Dimasyhurkan Canselor UCYP Pertama 4Raja Permaisuri Agong Dimasyhurkan Canselor UCYP Pertama 5Raja Permaisuri Agong Dimasyhurkan Canselor UCYP Pertama 6Raja Permaisuri Agong Dimasyhurkan Canselor UCYP Pertama 7Raja Permaisuri Agong Dimasyhurkan Canselor UCYP Pertama 8Raja Permaisuri Agong Dimasyhurkan Canselor UCYP Pertama 9Raja Permaisuri Agong Dimasyhurkan Canselor UCYP Pertama 10Raja Permaisuri Agong Dimasyhurkan Canselor UCYP Pertama 11Raja Permaisuri Agong Dimasyhurkan Canselor UCYP Pertama 12Raja Permaisuri Agong Dimasyhurkan Canselor UCYP Pertama 13Raja Permaisuri Agong Dimasyhurkan Canselor UCYP Pertama 14Raja Permaisuri Agong Dimasyhurkan Canselor UCYP Pertama 15Raja Permaisuri Agong Dimasyhurkan Canselor UCYP Pertama 16Raja Permaisuri Agong Dimasyhurkan Canselor UCYP Pertama 17Raja Permaisuri Agong Dimasyhurkan Canselor UCYP Pertama 18Raja Permaisuri Agong Dimasyhurkan Canselor UCYP Pertama 19Raja Permaisuri Agong Dimasyhurkan Canselor UCYP Pertama 20Raja Permaisuri Agong Dimasyhurkan Canselor UCYP Pertama 21Raja Permaisuri Agong Dimasyhurkan Canselor UCYP Pertama 22Raja Permaisuri Agong Dimasyhurkan Canselor UCYP Pertama 23Raja Permaisuri Agong Dimasyhurkan Canselor UCYP Pertama 24Raja Permaisuri Agong Dimasyhurkan Canselor UCYP Pertama 25Raja Permaisuri Agong Dimasyhurkan Canselor UCYP Pertama 26Raja Permaisuri Agong Dimasyhurkan Canselor UCYP Pertama 27Raja Permaisuri Agong Dimasyhurkan Canselor UCYP Pertama