PEKAN 1 April 2019 Bersamaan 25 Rejab 1440H – Seramai 146 orang menerima darjah kebesaran pada Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah dan Pingat-Pingat Kebesaran Negeri Pahang Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah di Balairung Seri, Istana Abu Bakar, di sini, hari ini. Mendahului senarai penerima ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Halimi Abd Manaf yang dikalung Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) membawa gelaran Dato’ Sri.

Istiadat pengurniaan darjah-darjah dan pingat-pingat berkenaan disempurnakan Pengerusi Jumaah Pemangku Raja Pahang, Yang Amat Mulia Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah. Turut mengiring sama, isteri Yang Amat Mulia Tengku Muda Pahang, Yang Amat Berbahagia Cik Puan Nur Bahiyah bt. Mohd Akip. Hadir sama, Ahli Jumaah Pemangku Raja Pahang, Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong Pahang Tengku Fahd Mua’adzam Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Lela Wangsa Pahang Tengku Tan Sri Hajjah Meriam binti Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan suami.

Antara sembilan penerima pingat SSAP lain, ialah Ketua Polis Pahang, Dato’ Mohd Zakaria Ahmad, Ahli Parlimen Lipis, Dato’ Abdul Rahman Mohamad, bekas ketua pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Dato’ Ismail Md Salleh, Penasihat Media, Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Ibrahim Abdul Rahman. Turut menerima Darjah SSAP, peguambela dan peguamcara Dato’ Abdul Halim Yahya, Pengerusi Eastern Executive Sdn Bhd, Datuk Maharudin Hassan, Pengarah Safemine Minerals Sdn Bhd (Malaysia), Dato’ Marcus Lee Andrew dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Second Beauty Secret Sdn Bhd, Tan Ooi Han.

Manakala, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia, Dato’ Haji Akhirrudin Mahmud mendahului senarai empat penerima Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Dato’ Indera. Penerima pingat SIMP lain, Ketua Pengarah Jabatab Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Dato’ Mohd Noor Isa, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Pahang, Dato’ Mohamad Ridzwan Mohd Tahar dan Pengarah Jabatan Kerja Raya Pahang, Dato’ Abdul Jalil Mohamed.

Seramai lima individu menerima Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran Dato’ antaranya Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Pahang, Dato’ Abd Aziz Mat Kiram, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Pahang, Dato’ Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff dan Pengarah Pendidikan Pahang, Dr Tajuddin Mohd Yunus.

Seramai 17 penerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato’ antaranya termasuk Duta Besar Malaysia ke Lubnan, Mohd Aznor Mahat, Ketua Pegawai Pelaburan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Dr Suzana Idayu Wati Osman, Ketua Pegawai Operasi Konfederasi Badminton Asia, Kenny Goh Chee Keong, Komander Pangkalan Udara Kuantan, Brigedier Jeneral Wan Amin Hafiz Wan Mahmud. Turut menerima pingat DIMP, Komandan Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Shamsudin Mat dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Badminton Persatuan Badminton Malaysia, David Wee Toh Kiong.

Sementara itu, seramai lima orang menerima Darjah peringkat ketiga, Setia Ahmad Shah Pahang (SAP), Setia Mahkota Pahang (SMP) 11 dan Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP) 8, Ahli Mahkota Pahang (AAP) 25. Manakala pingat, Pingat Khidmat Cemerlang (PKC) 16, Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) 12 dan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) 34.

Antara kerabat bergelar yang hadir, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Kemala Pahang Tengku Hajjah Dato’ Aishah binti Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah,
Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Bongsu Pahang Tengku Dato’ Hajjah Shahariah binti Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Yang Amat Mulia Tengku Besar Pahang Tengku Kamil Ismail bin Tengku Idris Shah dan isteri.

Hadir sama, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, barisan exco kerajaan, Setiausaha Kerajaan, Dato’ Sri Dr Sallehudin Ishak, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Sri Ishak Mohammad dan mantan Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Adnan Haji Yaakob.146 Penerima Darjah Kebesaran-1 146 Penerima Darjah Kebesaran-2 146 Penerima Darjah Kebesaran-3 146 Penerima Darjah Kebesaran-4 146 Penerima Darjah Kebesaran-5 146 Penerima Darjah Kebesaran-6 146 Penerima Darjah Kebesaran-7 146 Penerima Darjah Kebesaran-8 146 Penerima Darjah Kebesaran-9 146 Penerima Darjah Kebesaran-10 146 Penerima Darjah Kebesaran-11 146 Penerima Darjah Kebesaran-12 146 Penerima Darjah Kebesaran-13