PUTRAJAYA 14 April 2019 Bersamaan 7 Saaban 1440H – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini mengampuni limpah berkenan merasmikan Hotel Zenith Putrajaya, di sini.

Pelancaran tersebut menandakan pembukaan secara rasmi hotel kedua rangkaian Zenith Hotels and Resorts selepas hotel pertamanya di pusat bandar Kuantan, Pahang pada 2011.

Hotel Zenith Putrajaya memulakan operasinya pada September tahun lalu.

Antara tetamu diraja yang hadir ialah kerabat bergelar, Ahli Jumaah Pemangku Raja Pahang, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Lela Wangsa Pahang Tengku Tan Sri Hajjah Meriam Sultan Haji Ahmad Shah dan suami, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Kemala Pahang Tengku Hajjah Dato’ Aishah dan Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Lela Manja Pahang Tengku Dato’ Hajjah Nong Fatimah.

Terdahulu, keberangkat tiba Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal disambut oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan Zenith Aim, Dato’ Sri Tew Kim Thin.

Hotel bertaraf lima bintang tersebut terletak di Presint 2 bersebelahan Tasik Putrajaya serta dikelilingi pejabat-pejabat pentadbiran kerajaan pusat yang turut menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.

Hotel Zenith Putrajaya memiliki 253 bilik, termasuk 11 suite eksekutif, tiga suite ‘zenith’ dan sebuah suite ‘presidential’.

Pengarah Eksekutif Zenith Putrajaya, Frank Tew berkata, walaupun Kumpulan Zenith Aim secara amnya merupakan sebuah syarikat pemaju hartanah, mereka akan tetap memberi tumpuan kepada pembangunan industri hospitaliti.

Kata beliau, pihaknya mempunyai visi yang akan dilaksana termasuk memperkenal serta mengkongsikan keistimewaan Malaysia, budaya dan gaya hidup harmoni kepada pelanggan hotelnya.

“Pelanggan akan menikmati pengalaman-pengalaman ini ketika menginap di Zenith Hotels and Resorts, satu pengalaman di sebuah hotel lima bintang tempatan sebenar dengan pengiktirafan antarabangsa seperti Indeks Bangunan Hijau, Standard Hotel Hijau ASEAN serta standard alam sekitar dan keselamatan makanan Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa (ISO).

“Ini bagi memastikan ia mesra pelanggan dan alam bagi pembangunan perniagaan mapan hotel,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian berkenaan.

Hadir sama, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad dan

Zenith Aim Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat pemaju dan pengurusan hartanah tempatan yang telah membina projek-projek besar di Pahang termasuk Zenith Kuantan, Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah (SASICC) dan Kuantan City Mall.

Hadir sama memulikan keberangkat Pemangku Raja Pahang, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdi Wan Ismail dan Yang Berhomat Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad dan Yang Di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pahang, Dato’ Sri Haji Ishak Mohamad.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas, Sistem Penyampaian Awam dan Inovasi Negeri Pahang.

Dato’ Sri Norolazali Bin Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, Dato’ Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, Encik Abd Rahim bin Muda, Ahli Dewan Undang Negeri termasuk Mantan Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Adnan Haji Yaakob, Ahli Parlimen dan pegawai-pegawai kanan kerajaan Pahang.