BENTONG 22 April 2019 Bersamaan 16 Syaaban 1440H – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah  menyeru rakyat Malaysia agar menyokong usaha yang telah dilaksanakan oleh Sultan Ahmad Shah Enviroment Trust (SASET) dalam usaha melakukan pemuliharaan hutan di negeri ini.

Baginda bertitah, usaha yang dilaksanakan oleh paduka ayahanda saudara baginda, Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Fahd Muad’zam Shah Sultan Ahmad Shah amat penting dalam melihat bumi Pahang dipulih sebaik mungkin.

Titah Tengku Hassanal, walaupun program penanaman pokok ini memerlukan kos yang besar namun program seperti ini harus sentiasa diteruskan dan disokong di kalangan masyarakat dalam memberi kesedaran pentingnya penjagaan alam sekitar demi generasi yang akan datang.

“Hutan atau alam semula jadi negeri Pahang amat kaya dengan flora dan fauna di samping berkait rapat antara satu sama lain di samping setiap hutan di Pahang mempunyai bioversiti yang berbeza-beza.

“Itulah indahnya dan unik isi kandungan hutan di negeri Pahang yang penuh misteri di samping menjadi simbolik dalam industri pelancongan,”titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Program ‘Go Green with Saset’ di daerah Bentong di sini, hari ini.

Tengku Hassanal bertitah dengan komitmen yang dilaksanakan oleh SASET dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Pahang menjadikan 117,000 anak pokok  telah ditanam di negeri ini.

Baginda menzahirkan sokongan penuh kepada SASET agar terus komited dan bekerjasama dengan kerajaan negeri Pahang dalam melindungi serta memulihkan alam semula jadi.

“Kerajaan negeri Pahang telah pun merangka dan melaksana pelan-pelan yang memberi manfaat kepada alam sekitar dan alam semula jadi.

“Demi negeri Pahang, saya menyeru rakyat Pahang berganding bahu demi perubahan yang lebih baik.Saya ingin memberi amaran keras kepada pihak yang melanggar undang-undang yang ditetapkan agar menghormati untuk dihormati,”katanya.

Hadir sama, Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan Negeri, Dato’ Sri Mohd Sharkar Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Ir. Haji Mohd. Soffi bin Tan Sri Abd. Razak, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas, Sistem Penyampaian Awam dan Inovasi Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Norolazali Bin Sulaiman dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Nazri bin Ngah.

Turut hadir, Pengarah Perhutanan Negeri Pahang, Yang Hormat Dato’ Dr Mohd Hizamri Mohd Yassin, Pegawai Daerah Bentong, Yang Berbahagia Dr Muhammad Azlan Zaharudin dan Ahli-Ahli Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang.

Sebagai gimik pelancaran, Pemangku Raja Pahang mengampuni limpah perkenan menanam beberapa anak pokok hutan sebelum berangkat pulang.Pemangku Raja Kagum Usaha SASET (1) Pemangku Raja Kagum Usaha SASET (2) Pemangku Raja Kagum Usaha SASET (3) Pemangku Raja Kagum Usaha SASET (4) Pemangku Raja Kagum Usaha SASET (5) Pemangku Raja Kagum Usaha SASET (6) Pemangku Raja Kagum Usaha SASET (7) Pemangku Raja Kagum Usaha SASET (8) Pemangku Raja Kagum Usaha SASET (9) Pemangku Raja Kagum Usaha SASET (10) Pemangku Raja Kagum Usaha SASET (11) Pemangku Raja Kagum Usaha SASET (12) Pemangku Raja Kagum Usaha SASET (13) Pemangku Raja Kagum Usaha SASET (14) Pemangku Raja Kagum Usaha SASET (15) Pemangku Raja Kagum Usaha SASET (16)