RAUB 28 April 2019 Bersamaan 22 Syaaban 1440H – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah menyempurnakan majlis pelepasan 100 pendaki sempena perayaan 100 tahun Bukit Fraser di sini pagi tadi.

Mengiringi sama, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.

Keberangkat tiba baginda di Dataran Jam tepat jam 9 pagi, baginda berdua disambut oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail dan Presiden Kelab Media Pahang, Dato’ Nik Naizi Hussin.

Sebelum melepaskan kumpulan pendaki tersebut baginda mengampuni limpah perkenan mengurniakan sijil penyertaan kepada wakil agensi kerajaan dan kelab NGO yang menyertai program tersebut.

Seramai 100 peserta yang menyertai aktiviti sukan lasak itu,mewakil beberapa agensi kerajaan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), pertubuhan bukan kerajaan NGO dan pengamal media negeri Pahang.

Al-Sultan Abdullah turut perkenan mengurniakan bendera-bendera didahului, Jalur Gemilang, Bendera Pahang, Tourism Pahang dan Bendera rasmi sambutan 100 tahun Bukit Fraser untuk dikibarkan dipuncak “Pine Tree Hill Trail”.

Ketinggian puncak Pine Tree 1,500 meter dari aras laut iaitu sejauh 5.5 kilometer. Pada jarak tersebut para peserta akan mengambil masa antara 4 -5 jam untuk berdiri dipuncak.

Baginda turut perkenan menyampaikan titah ringkas sebelum menyempurnakan pelepasan.

Al-Sultan Abdullah mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang menyertai pendakian hari ini.

“Saya juga terasa teruja dengan aktiviti memanjat gunung…kalau saya 30 tahun lalu, sudah pasti saya turut serta.

“In syaa Allah, saya akan arahkan anak saya untuk meneruskan minat saya mendaki”, titah baginda disambut tepukan gemuruh para tetamu dan 100 pendaki.

Baginda turut berdoa semoga pendaki-pendaki selamat sampai ke puncak dan kembali dengan selamat.

Mengakhiri titah, baginda turut mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur, Tourism Pahang yang berjaya menganjurkan aktiviti sukan lasak sempena sambutan 100 tahun Bukit Fraser yang juga dikenali “Little England”.

Turut hadir, YB. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan Negeri Pahang, Dato’ Sri Haji Mohd.Sharkar Bin Haji Shamsudin, YB. Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, Dato’ Sri Hajah Shahaniza Binti Shamsuddin dan Pengurus Besar Pelancongan Pahang, Dato’ Ishak Mokhtar.