ROMPIN 2 Mei 2019 Bersamaan 26 Syaaban 1440H – Masyarakat orang Asli perlu merebut peluang dan ruang yang disediakan kerajaan dalam memastikan kehidupan mereka lebih terjamin pada masa akan datang. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, para belia orang Asli seharusnya menjadikan tahap pendidikan dan kemahiran menjadi tonggak utama dalam diri seiringi arus pembangunan yang sedang dikecapi oleh seluruh rakyat.

Titah baginda, selain tahap pendidikan, prmbangunan kemahiran dalam krusahawanan perlu diberi perhatian dalam kalangan masyarakat tersebut.

“Program-program bagi meningkatkan kemahiran belia-belia orang Asli perlu dilaksankan segera supaya mereka mampu mendapat pekerjaan atau mengusahakan perniagaan sendiri yang bolrh memberi pendapatan yang lebih tinggi dan dapat keluar daripada belenggu kemiskinan”, Tengku Hassanal bertitah demikian pada program ramah mesra bersama-sama masyarakat orang Asli di Kampung Bukit Serok sempena lawatan kerja sehari baginda ke daerah Rompin, hari ini.

Titah baginda lagi, perkara tersebut bukan sahaja meningkatkan taraf hidup mereka malah membantu menjadikan mereka tenaga kerja berkemahiran. Hadir sama, wakil rasmi Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Dato’ Sri Haji Mohd Johari Haji Hussain yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia ,Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang dan Pegawai Daerah Rompin, Yang Hormat Dato’ Zulkifli Hashim.

Pada masa yang sama, Tengku Hassanal turut menasihatkan rakyat baginda didaerah Rompin supaya menggunakan saluran yang betul jika ada perkara-perkara yang tidak berpuashati dalam isu-isu setempat.

“Jika ada perkara yang tidak berpuashati, hendaklah disalurkan pendapat atau rintihan mengikut saluran-saluran tertentu yang telah disediakan berlandaskan undang-undang yang boleh dibincang dan diselesaikan ketahap yang memuaskan”, titah baginda.

Titah baginda lagi, wakil-wakil rakyat, penghulu-penghulu, pengerusi MPKK dan NGO hendaklah mengambil tanggungjawab dan peranan tersebut bagi menyampaikan masalah-masalah dan rintihan rakyat kepada pihak berkenaan supaya dapat diambil perhatian dan seterusnya mengatasi masalah-masalah dengan segera.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, Encik Abd Rahim bin Muda, Ahli Parlimen Rompin, YB. Dato’ Sri Haji Hassan Arifin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Ibam, YB. Datin Shamsiah Arshad, Mantan ADUN Muadzam Shah, Yang Berbahagia Dato’ Sri Maznah Mazlan.

Tengku Hassanal turut mengampuni limpah perkenan bagi mengurniakan sumbangan keluarga baginda menerusi Yayasan Istana Abdulaziz dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) kepada 200 penerima terdiri daripada golongan asnaf muallaf masyarakat orang Asli Kampung Bukit Serok. Daerah Rompin merupakan daerah ketiga baginda selepas baginda dimasyhurkan sebagai Tengku Mahkota dan Pemangku Raja Pahang.

Iannya membuatkan penduduk tempatan didaerah Rompin, Bera dan Jerantut begitu teruja apabila dapat menatap lebih dekat wajah putera serta dapat mendampingi ‘Raja Berjiwa Rakyat’.

Masyarakat Orang Asli Perlu Rebut Peluang-1 Masyarakat Orang Asli Perlu Rebut Peluang-2 Masyarakat Orang Asli Perlu Rebut Peluang-3 Masyarakat Orang Asli Perlu Rebut Peluang-4 Masyarakat Orang Asli Perlu Rebut Peluang-5 Masyarakat Orang Asli Perlu Rebut Peluang-6 Masyarakat Orang Asli Perlu Rebut Peluang-7 Masyarakat Orang Asli Perlu Rebut Peluang-8 Masyarakat Orang Asli Perlu Rebut Peluang-9 Masyarakat Orang Asli Perlu Rebut Peluang-10 Masyarakat Orang Asli Perlu Rebut Peluang-11 Masyarakat Orang Asli Perlu Rebut Peluang-12 Masyarakat Orang Asli Perlu Rebut Peluang-13 Masyarakat Orang Asli Perlu Rebut Peluang-14 Masyarakat Orang Asli Perlu Rebut Peluang-15 Masyarakat Orang Asli Perlu Rebut Peluang-16 Masyarakat Orang Asli Perlu Rebut Peluang-17 Masyarakat Orang Asli Perlu Rebut Peluang-18 Masyarakat Orang Asli Perlu Rebut Peluang-19 Masyarakat Orang Asli Perlu Rebut Peluang-20 Masyarakat Orang Asli Perlu Rebut Peluang-21