KUANTAN 15 Mei 2019 Bersamaan 11 Ramadan 1440H – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan berbuka puasa bersama rakyat Pahang, di Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK 1), malam ini. Turut mengiringi baginda ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong,Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan paduka-paduka anakanda putera dan puteri.

Keberangkatan tiba baginda dan isteri pada jam 6.50 petang itu disambut Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail serta barisan exco dan pegawai-pegawai kanan kerajaan. Baginda juga turut bersalaman dan meluangkan masa beramah mesra bersama peniaga dan turut membeli juadah makanan di bazar tersebut.

Antara makanan yang dibeli oleh baginda dan isteri adalah sata, air kathira, teh susu, pulut panggang, puding raja dan pelbagai jenis kek. Al-Sultan Abdullah kemudiannya beramah mesra bersama rakyat yang berbuka puasa di padang dihadiri lebih 1,000 rakyat yang teruja dan seronok dapat bersalaman dan merakamkan gambar kenangan bersama baginda.

Baginda dan Permaisuri serta keluarga turut berbuka puasa di padang tersebut diiringi Wan Rosdy yang berlapikan tikar mengkuang. Al-Sultan Abdullah dan hadirin kemudian menunaikan solat Maghrib berjemaah diikuti solat Isyak serta solat sunat tarawih di Masjid Negeri, Masjid Sultan Ahmad 1. Terdahulu, keberangkat tiba baginda berdua di Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) disambut oleh Wan Rosdy bersama barisan kepimpinan negeri, kerabat bergelar dan orang besar istana.

Dalam acara berasingan, Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat menziarah, Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Daerah Pekan, Yang Hormat Dato’ Selamah @ Khatijah Ahmad, 81, yang sedang menerima rawatan di wad Hospital Universiti Islam Antarabangsa, Indera Mahkota. Turut mengiringi baginda, Pengerusi Ibu Tunggal negeri Pahang, Yang Hormat Dato’ Melati Ali dan Pengarah Hospital UIAM.Berbuka Puasa Bersama Rakyat-1 Berbuka Puasa Bersama Rakyat-2 Berbuka Puasa Bersama Rakyat-3 Berbuka Puasa Bersama Rakyat-4 Berbuka Puasa Bersama Rakyat-5 Berbuka Puasa Bersama Rakyat-6 Berbuka Puasa Bersama Rakyat-7 Berbuka Puasa Bersama Rakyat-8 Berbuka Puasa Bersama Rakyat-9 Berbuka Puasa Bersama Rakyat-10 Berbuka Puasa Bersama Rakyat-11 Berbuka Puasa Bersama Rakyat-12 Berbuka Puasa Bersama Rakyat-13 Berbuka Puasa Bersama Rakyat-14 Berbuka Puasa Bersama Rakyat-15 Berbuka Puasa Bersama Rakyat-16 Berbuka Puasa Bersama Rakyat-17 Berbuka Puasa Bersama Rakyat-18 Berbuka Puasa Bersama Rakyat-19 Berbuka Puasa Bersama Rakyat-20 Berbuka Puasa Bersama Rakyat-21 Berbuka Puasa Bersama Rakyat-22 Berbuka Puasa Bersama Rakyat-23 Berbuka Puasa Bersama Rakyat-24 Berbuka Puasa Bersama Rakyat-25 Berbuka Puasa Bersama Rakyat-26 Berbuka Puasa Bersama Rakyat-27 Berbuka Puasa Bersama Rakyat-28 Berbuka Puasa Bersama Rakyat-29 Berbuka Puasa Bersama Rakyat-30 Berbuka Puasa Bersama Rakyat-31 Berbuka Puasa Bersama Rakyat-32 Berbuka Puasa Bersama Rakyat-33 Berbuka Puasa Bersama Rakyat-34 Berbuka Puasa Bersama Rakyat-35 Berbuka Puasa Bersama Rakyat-36 Berbuka Puasa Bersama Rakyat-37 Berbuka Puasa Bersama Rakyat-38 Berbuka Puasa Bersama Rakyat-39 Berbuka Puasa Bersama Rakyat-40 Berbuka Puasa Bersama Rakyat-41 Berbuka Puasa Bersama Rakyat-42 Berbuka Puasa Bersama Rakyat-43