PEKAN. 29 Mei 2019 Bersamaan 25 Ramadan 1440H – Majlis Tahlil Hari Ketujuh sempena memperingati kemangkatan Almarhum Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah diadakan di sini, malam tadi.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut bercemar duli berangkat pada majlis tahlil yang diadakan di Balairung Seri, Istana Abu Bakar. Mengiringi baginda, Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kalsom, paduka-paduka kekanda, paduka-paduka adinda, paduka-paduka anakanda baginda serta kaum kerabat diraja Pahang.

Al-Sultan Abdullah terlebih dahulu menunaikan solat sunat tarawih bersama-sama kira-kira 500 orang jemaah yang terdiri daripada pembesar negeri, pembesar istana, imam-imam termasuk pelajar-pelajar Maahad Tahfiz. Solat sunat tarawih diimamkan oleh Imam 1, Masjid Sultan Ahmad Shah Al-Haj. Manakala majlis bacaan surah Yassin dan majlis tahlil dipimpin oleh Sahibus Samahah Mufti Pahang, Dato’ Sri Dr. Haji Abdul Rahman Haji Osman.

Hadir sama, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, Yang DiPertua Dewan Negeri Pahang, Yang Berhormat Dato’ Sri Haji Ishak Haji Muhamad, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak, barisan exco negeri dan pegawai-pegawai kanan negeri dan daerah-daerah.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kemudian berangkat menziarah makam paduka ayahanda baginda di Makam Diraja Pekan. Di Makam Diraja, baginda sekali lagi berkenan bertahlil sebelum menabur bunga dan menjirus air tahlil di makam paduka Almarhum ayahanda baginda. Turut berbuat demikian, Sultanah Kalsom, YAM Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Fahd Muadzam, YAM Tengku Amir Nasser, YAM Tengku Puteri Ilisha Ameera dan YAM Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah. Sementara itu disebelah petang, paduka-paduka kekanda dan paduka-paduka adinda baginda turut menziarah dan mengadakan majlis tahlil di makam Almarhum.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri‘ayatuddin Al-Mu’adzam Shah mangkat pada pagi Rabu, 22 Mei bersamaan 17 Ramadan 1440 Hijrah.

Majlis Tahlil Hari Ke Tujuh-1 Majlis Tahlil Hari Ke Tujuh-2 Majlis Tahlil Hari Ke Tujuh-3 Majlis Tahlil Hari Ke Tujuh-4 Majlis Tahlil Hari Ke Tujuh-5 Majlis Tahlil Hari Ke Tujuh-6 Majlis Tahlil Hari Ke Tujuh-7 Majlis Tahlil Hari Ke Tujuh-8 Majlis Tahlil Hari Ke Tujuh-9 Majlis Tahlil Hari Ke Tujuh-10 Majlis Tahlil Hari Ke Tujuh-11 Majlis Tahlil Hari Ke Tujuh-12 Majlis Tahlil Hari Ke Tujuh-13 Majlis Tahlil Hari Ke Tujuh-14 Majlis Tahlil Hari Ke Tujuh-15 Majlis Tahlil Hari Ke Tujuh-16 Majlis Tahlil Hari Ke Tujuh-17 Majlis Tahlil Hari Ke Tujuh-18 Majlis Tahlil Hari Ke Tujuh-19 Majlis Tahlil Hari Ke Tujuh-20 Majlis Tahlil Hari Ke Tujuh-21 Majlis Tahlil Hari Ke Tujuh-22 Majlis Tahlil Hari Ke Tujuh-23 Majlis Tahlil Hari Ke Tujuh-24