KUANTAN 30 Mei 2019 Bersamaan 26 Ramadhan 1440H – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah menzahirkan akan meneruskan legasi peninggalan Almarhum Paduka Ayahanda baginda yang gemar turun padang bercemar duli berjumpa dengan rakyat jelata dipelusuk negeri ini. Al-Sultan Abdullah bertitah, biarpun baginda memikul amanah sebagai Yang di-Pertuan Agong namun rakyat negeri ini sentiasa dekat dihati baginda dan juga keluarga.

“Saya amat teruja diberi peluang bersama rakyat dalam Majlis Berbuka Puasa dan Pengurniaan Sumbangan kepada golongan memerlukan yang cukup besar ertinya buat diri saya.

“Majlis seperti ini merupakan amalan dalam keluarga saya sejak bertahun tahun lamanya yang telah diterapkan oleh Almarhum Paduka Ayahanda saya yang menjadi prinsip mengukuhkan silaturahim antara pemerintah dan rakyat.

Titah baginda, program sebegini akan merapatkan lagi hubungan antara Raja dan rakyat sesuai dengan slogan yang menjadi landasan pemerintahan Almarhum Paduka Ayahanda iaitu “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada”.

“Justeru, saya akan meneruskan legasi peninggalan Almarhum Paduka Ayahanda saya…Bagaimana bertautnya aur dengan tebing, begitulah eratnya hubungan saya dengan rakyat,”titahnya.

Baginda bertitah demikian pada Majlis Berbuka Puasa dan Pengurniaan Sumbangan kepada golongan asnaf di Masjid Negeri, Masjid Sultan Ahmad 1, di sini, hari ini. Mengiringi baginda, paduka anakanda Yanag Amat Mulia Mejer Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah, Kerabat Bergelar, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Lela Wangsa Pahang, Tengku Tan Sri Hajjah Meriam Sultan Haji Ahmad Shah yang juga Ahli Jumaah Pemangku Raja Pahang dan suami dan Yang Amat Mulia Tengku Besar Pahang Tengku Kamil Ismail Tengku Idris Shah.

Hadir sama, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, Yang Di-Pertuan Dewan Undangan Negeri, Dato’ Sri Haji Ishak Mohammad, Setiausaha Kerajaan negeri, Dato’ Sri Dr. Salehuddin Ishak, Sahibus Samahah Mufti Pahang, Dato’ Sri Dr. Haji Abdul Rahman Haji Osman, barisan exco negeri dan pegawai-pegawai kanan negeri dan daerah-daerah.

Pada masa sama, Al-Sultan Abdullah turut berkenan menerima bayaran zakat perniagaan daripada enam syarikat korporat berjumlah RM 9.448,299.72 juta. Baginda bertitah, zakat perniagaan merupakan satu tanggungjawab yang wajib ditunaikan kepada mereka yang telah memenuhi syarat yang ditetapkan.

“Ini dibuktikan melalui al-Quran dalan Surah Al-Baqarah ayat ke-267 yang bermaksud Wahai orang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi utk kamu.

“Hikmah berzakat ini untuk mengurangkan golongan fakir dan miskin di samping merapatkan lagi jurang perbezaan antara golongan berada dengan mereka yang kurang bernasib baik,”titahnya.

Badan Korporat yang membayar zakat perniagaan masing-masing ialah Lembaga Tabung Haji sebanyak RM 4,597,045.24 menerusi Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Yang Berbahagia Dato’ Sri Zukri Samat, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) RM2,383,499.45 dan Bank Kerjasama Rakyat sejumlah RM760,158.00. Seri Paduka Baginda Agong turut menerima bayaran zakat daripada Etiqa Family Takaful Berhad dan Etiqa Takaful Berhad (RM 543,500.00), Bank Islam Malaysia Berhad (RM 364,699.71), AgroBank (RM 275,500.00), Bank Muaamalat Malaysia Berhad (RM 274,806.97), ANGKASA (RM 161,880.97) dan CELCOM Axiata Berhad (RM 114,210.00).

Hadir sama, Timbalan Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Yang DiHormati Orang Kaya Indera Pahlawan, Dato’ Sri Wan Abdul Wahid Wan Hassan, Pengurus Besar Kanan Pusat Zakat Pahang (PKZ), Yang Hormat Dato’ Haji Halidan Md Daud dan Setiausaha MUIP, Dato’ Ahmad Hairi Hussien.

Sementara itu, bersempena dengan kedatangan bulan Syawal tidak lama lagi, titah pesanan baginda agar rakyat di negara ini berbelanja dengan berhemah bagi mengelakkan segala bentuk pembaziran.

“Kepada yang memandu pulang ke kampung halaman, memandulah dengan cermat dan sentiasa mematuhi undang-undang jalanraya.

“Saya dan Raja Permaisuri Agong berdoa agar sekalian rakyat dapat menyambut Hari Raya tahun ini dengan penuh keriangan dan selamat sampai ke destinasi yang ingin dituju,”titahnya.

Al-Sultan Abdullah menyampaikan sumbangan kepada penerima golongan asnaf di Masjid Sultan Ahmad Shah 1, di sini, hari ini.Legasi Almarhum Paduka Ayahanda akan Diteruskan-1 Legasi Almarhum Paduka Ayahanda akan Diteruskan-2 Legasi Almarhum Paduka Ayahanda akan Diteruskan-3 Legasi Almarhum Paduka Ayahanda akan Diteruskan-4 Legasi Almarhum Paduka Ayahanda akan Diteruskan-5 Legasi Almarhum Paduka Ayahanda akan Diteruskan-6 Legasi Almarhum Paduka Ayahanda akan Diteruskan-7 Legasi Almarhum Paduka Ayahanda akan Diteruskan-8 Legasi Almarhum Paduka Ayahanda akan Diteruskan-9 Legasi Almarhum Paduka Ayahanda akan Diteruskan-10 Legasi Almarhum Paduka Ayahanda akan Diteruskan-11 Legasi Almarhum Paduka Ayahanda akan Diteruskan-12 Legasi Almarhum Paduka Ayahanda akan Diteruskan-13 Legasi Almarhum Paduka Ayahanda akan Diteruskan-14 Legasi Almarhum Paduka Ayahanda akan Diteruskan-15 Legasi Almarhum Paduka Ayahanda akan Diteruskan-16 Legasi Almarhum Paduka Ayahanda akan Diteruskan-17 Legasi Almarhum Paduka Ayahanda akan Diteruskan-18 Legasi Almarhum Paduka Ayahanda akan Diteruskan-19 Legasi Almarhum Paduka Ayahanda akan Diteruskan-20 Legasi Almarhum Paduka Ayahanda akan Diteruskan-21 Legasi Almarhum Paduka Ayahanda akan Diteruskan-22 Legasi Almarhum Paduka Ayahanda akan Diteruskan-23 Legasi Almarhum Paduka Ayahanda akan Diteruskan-24 Legasi Almarhum Paduka Ayahanda akan Diteruskan-25 Legasi Almarhum Paduka Ayahanda akan Diteruskan-26 Legasi Almarhum Paduka Ayahanda akan Diteruskan-27 Legasi Almarhum Paduka Ayahanda akan Diteruskan-28 Legasi Almarhum Paduka Ayahanda akan Diteruskan-29 Legasi Almarhum Paduka Ayahanda akan Diteruskan-30 Legasi Almarhum Paduka Ayahanda akan Diteruskan-31 Legasi Almarhum Paduka Ayahanda akan Diteruskan-32 Legasi Almarhum Paduka Ayahanda akan Diteruskan-33