KUANTAN. 24 Julai 2019 bersamaan 21 Zulkaedah 1440H – Kejadian kebakaran pada pagi Ahad lalu di Perkampungan Sungai Isap 2 telah meragut nyawa tiga beranak. Prihatin atas tragedi berkenaan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah menitahkan supaya bantuan segera diberikan kepada semua mangsa.

Pada pagi hari ini, baginda yang diiringi bersama KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj mencemar duli berangkat di lokasi kejadian. Baginda diiringi meninjau empat buah rumah yang terlibat dalam kebakaran serta menzahirkan rasa dukacita dan simpati atas musibah yang menimpa penghuninya juga berkenan mengurniakan sumbangan peribadi dan dari Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.

Selepas selesai meninjau lokasi kejadian, baginda dan Raja Permaisuri Agong berangkat mencemar duli menziarahi mangsa bencana kebakaran yang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan. Turut mengiringi, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail, Yang DiHormat Orang Kaya Indera Pahlawan, Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Haji Wan Hassan serta Yang Berhormat Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Ahli Parlimen Kuantan Puan Fuziah binti Salleh.

Baginda dan Raja Permaisuri Agong meluangkan masa melawat tiga orang mangsa kebakaran dan beramah mesra termasuk ahli keluarga mereka yang turut berada semasa sesi lawatan tersebut. Mereka terharu dengan keprihatinan baginda serta pengurniaan sumbangan yang diterima.

Mangsa yang maut dalam kejadian itu ialah Sharifah Azlina Syed Kassim, 37, dan dua anak lelakinya, Muhamad Haikal Hakimi Hairul, 11, dan Mohamad Adam Daniel, tujuh, dipercayai akibat terperangkap semasa kebakaran berlaku. Kebakaran yang dipercayai bermula dari ruang tengah rumah mangsa juga menyebabkan tiga parah iaitu suami Sharifah Azlina, Hairul Khalid, 38, Syed Azman, 25, yang merupakan adik Sharifah Azlina dan isterinya Norazilah Abdullah, 23. Adik kepada Norazlina, Nor Syawalina, 19, pula cedera ringan manakala Muhammad Alif Asyraf, 6, yang merupakan anak Syed Azman dan Norazilah tidak cedera.Lawatan Mangsa Kebakaran Sunaig Isap-1 Lawatan Mangsa Kebakaran Sunaig Isap-2 Lawatan Mangsa Kebakaran Sunaig Isap-3 Lawatan Mangsa Kebakaran Sunaig Isap-4 Lawatan Mangsa Kebakaran Sunaig Isap-5 Lawatan Mangsa Kebakaran Sunaig Isap-6 Lawatan Mangsa Kebakaran Sunaig Isap-7 Lawatan Mangsa Kebakaran Sunaig Isap-8 Lawatan Mangsa Kebakaran Sunaig Isap-9 Lawatan Mangsa Kebakaran Sunaig Isap-10 Lawatan Mangsa Kebakaran Sunaig Isap-11 Lawatan Mangsa Kebakaran Sunaig Isap-12 Lawatan Mangsa Kebakaran Sunaig Isap-13 Lawatan Mangsa Kebakaran Sunaig Isap-14 Lawatan Mangsa Kebakaran Sunaig Isap-15 Lawatan Mangsa Kebakaran Sunaig Isap-16 Lawatan Mangsa Kebakaran Sunaig Isap-17 Lawatan Mangsa Kebakaran Sunaig Isap-18 Lawatan Mangsa Kebakaran Sunaig Isap-19 Lawatan Mangsa Kebakaran Sunaig Isap-20 Lawatan Mangsa Kebakaran Sunaig Isap-21 Lawatan Mangsa Kebakaran Sunaig Isap-22 Lawatan Mangsa Kebakaran Sunaig Isap-23 Lawatan Mangsa Kebakaran Sunaig Isap-24 Lawatan Mangsa Kebakaran Sunaig Isap-25 Lawatan Mangsa Kebakaran Sunaig Isap-26