PEKAN. 27 Ogos 2019 bersamaan 26 Zulhijjah 1440H – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah prihatin atas kejadian bencana yang dialami rakyatnya. Baginda berkenanan berangkat ke Taman Rendang Ixora Peramu bagi tujuan menziarahi mangsa kebakaran, Encik Mohd Zaid bin Abdullah serta turut mencemar duli melawat rumah mangsa yang hangus terbakar.

Sebelum berangkat pulang, baginda berkenan mengurniakan sumbangan peribadi serta sumbangan wang tunai dari Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang. Encik Zaid sekeluarga terharu dengan keprihatinan baginda dan kurniaan sumbangan yang diterimanya. Mengiringi baginda, Yang Berhormat ADUN Peramu Jaya, Dato’ Sri Haji Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali.

Kejadian kebakaran yang berlaku pada 26 Ogos, sekitar jam 4.00 pagi memusnahkan keseluruhan rumah, walau bagaimanapun kebakaran tersebut tidak melibatkan kemalangan jiwa.

Mangsa Kebakaran Pekan (1)

Mangsa Kebakaran Pekan (2) Mangsa Kebakaran Pekan (3) Mangsa Kebakaran Pekan (4) Mangsa Kebakaran Pekan (5) Mangsa Kebakaran Pekan (6) Mangsa Kebakaran Pekan (7) Mangsa Kebakaran Pekan (8) Mangsa Kebakaran Pekan (9) Mangsa Kebakaran Pekan (10) Mangsa Kebakaran Pekan (11) Mangsa Kebakaran Pekan (12) Mangsa Kebakaran Pekan (13)