KUANTAN 29 Ogos 2019 Bersamaan 28 Zulhijjah 1440H – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat pulang ke Malaysia selepas tiga hari mengadakan lawatan negara ke Indonesia, Selasa lalu. Pesawat Khas yang dinaiki baginda berdua berangkat lepas dari Pangkalan Udara Adisucipto, Yogyakarta selamat mendarat pada jam 12.33 tengahari, di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuantan, di sini hari ini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong itu disambut oleh paduka anakanda baginda, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah. Turut memuliakan keberangkat tiba Al-Sultan Abdullah ialah Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail dan Isteri, Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan barisan exco kerajaan negeri.

Sebaik turun dari pesawat baginda berdua bersalaman sebelum menuju kepentas khas bagi Istiadat Menyambut Keberangkat Tiba Lawatan Negara di Pangkalan Udara Kuantan. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menerima tabik hormat diraja dan kemudiannya baginda berkenan memeriksa pasukan kawalan kehormatan yang dianggotai pegawai dan anggota lain-lain pangkat TUDM.

Sahibus Mufti Pahang, Dato’ Sri Dr Haji Abdul Rahman Haji Osman memimpin bacaan doa sebelum Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berangkat lepas meninggalkan Pangkalan Udara Kuantan ke Istana Abdulaziz. Manakala pada sebelah petang, baginda berdua akan bercemar duli berangkat ke Majlis Tahlil 100 Hari Kemangkatan Al-Marhum Paduka Ayahanda, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah di masjid negeri, Masjid Sultan Ahmad 1.

Keberangkatan Pulang Selepas Lawatan Ke Indonesia (1) Keberangkatan Pulang Selepas Lawatan Ke Indonesia (2) Keberangkatan Pulang Selepas Lawatan Ke Indonesia (3) Keberangkatan Pulang Selepas Lawatan Ke Indonesia (4) Keberangkatan Pulang Selepas Lawatan Ke Indonesia (5) Keberangkatan Pulang Selepas Lawatan Ke Indonesia (6) Keberangkatan Pulang Selepas Lawatan Ke Indonesia (7) Keberangkatan Pulang Selepas Lawatan Ke Indonesia (8) Keberangkatan Pulang Selepas Lawatan Ke Indonesia (9) Keberangkatan Pulang Selepas Lawatan Ke Indonesia (10) Keberangkatan Pulang Selepas Lawatan Ke Indonesia (11) Keberangkatan Pulang Selepas Lawatan Ke Indonesia (12) Keberangkatan Pulang Selepas Lawatan Ke Indonesia (13) Keberangkatan Pulang Selepas Lawatan Ke Indonesia (14) Keberangkatan Pulang Selepas Lawatan Ke Indonesia (15) Keberangkatan Pulang Selepas Lawatan Ke Indonesia (16) Keberangkatan Pulang Selepas Lawatan Ke Indonesia (17) Keberangkatan Pulang Selepas Lawatan Ke Indonesia (18) Keberangkatan Pulang Selepas Lawatan Ke Indonesia (19) Keberangkatan Pulang Selepas Lawatan Ke Indonesia (20) Keberangkatan Pulang Selepas Lawatan Ke Indonesia (21) Keberangkatan Pulang Selepas Lawatan Ke Indonesia (22) Keberangkatan Pulang Selepas Lawatan Ke Indonesia (23) Keberangkatan Pulang Selepas Lawatan Ke Indonesia (24) Keberangkatan Pulang Selepas Lawatan Ke Indonesia (25) Keberangkatan Pulang Selepas Lawatan Ke Indonesia (26) Keberangkatan Pulang Selepas Lawatan Ke Indonesia (27) Keberangkatan Pulang Selepas Lawatan Ke Indonesia (28)