KUANTAN 29 Ogos 2019 Bersamaan 29 Zulhijjah 1440H – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Maimunah Iskandariah bercemar duli berangkat pada Majlis Tahlil 100 hari kemangkatan Al-Marhum Paduka Ayahanda, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah di masjid negeri, Masjid Sultan Ahmad 1, di sini, hari ini.

Turut mengiringi paduka anakanda baginda, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser, Yang Amat Mulia Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatu’llah dan Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah.

Turut berangkat sama pada majlis itu, adinda Al-Sultan Abdullah, Yang Amat Mulia Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Al-Haj dan isteri, Yang Amat Berbahagia Cik Puan Nur Bahiyah Mohd Akip, Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Fahd Mu’adzam dan paduka-paduka kekanda dan adinda perempuan.

Hadir sama, Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka Tun Datuk Seri Utama Mohd. Khalil Bin Yaakob, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail dan isteri, Datin Sri Dato’ Burhah Mohammed, barisan exco kerajaan negeri, pegawai-pegawai kanan negeri.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi Dato’ Sri Mohamed Azmin Ali dan isteri, Datin Sri Shamsidar Taharin antara orang-orang kenamaan yang hadir. Turut kelihatan, penyanyi terkenal Indonesia, Dato’ Sri Rossa Roslaina Handiyani (Rossa) dan penyanyi, pelakon dan pengubah lagu, Dato’ Haji Mohd Shukri Shahabudin yang lebih dikenali Hattan.

Majlis dimulakan bacaan surah yassin dan tahlil yang dipimpin oleh Sahibus Samahah Mufti Pahang, Dato’ Sri Dr Haji Abdul Rahman Haji Osman. Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong kemudiannya menunaikan solat fardu maghrib berjemaah bersama kira-kira 2,500 rakyat yang hadir pada majlis tersebut.

Selepas selesai solat maghrib, baginda berdua turut berkenan berangkat pada majlis santapan dan makan malam yang diadakan di dataran masjid. Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah mangkat pada 22 Mei lalu selepas memerintah selama 45 tahun.100 Kemangkatan Paduka Ayahanda (1) 100 Kemangkatan Paduka Ayahanda (2) 100 Kemangkatan Paduka Ayahanda (3) 100 Kemangkatan Paduka Ayahanda (4) 100 Kemangkatan Paduka Ayahanda (5) 100 Kemangkatan Paduka Ayahanda (6) 100 Kemangkatan Paduka Ayahanda (7) 100 Kemangkatan Paduka Ayahanda (8) 100 Kemangkatan Paduka Ayahanda (9) 100 Kemangkatan Paduka Ayahanda (10) 100 Kemangkatan Paduka Ayahanda (11) 100 Kemangkatan Paduka Ayahanda (12) 100 Kemangkatan Paduka Ayahanda (13) 100 Kemangkatan Paduka Ayahanda (14) 100 Kemangkatan Paduka Ayahanda (15) 100 Kemangkatan Paduka Ayahanda (16) 100 Kemangkatan Paduka Ayahanda (17) 100 Kemangkatan Paduka Ayahanda (18) 100 Kemangkatan Paduka Ayahanda (19) 100 Kemangkatan Paduka Ayahanda (20) 100 Kemangkatan Paduka Ayahanda (21) 100 Kemangkatan Paduka Ayahanda (22) 100 Kemangkatan Paduka Ayahanda (23) 100 Kemangkatan Paduka Ayahanda (24) 100 Kemangkatan Paduka Ayahanda (25) 100 Kemangkatan Paduka Ayahanda (26) 100 Kemangkatan Paduka Ayahanda (27) 100 Kemangkatan Paduka Ayahanda (28) 100 Kemangkatan Paduka Ayahanda (29) 100 Kemangkatan Paduka Ayahanda (30) 100 Kemangkatan Paduka Ayahanda (31) 100 Kemangkatan Paduka Ayahanda (32) 100 Kemangkatan Paduka Ayahanda (33) 100 Kemangkatan Paduka Ayahanda (34) 100 Kemangkatan Paduka Ayahanda (35) 100 Kemangkatan Paduka Ayahanda (36) 100 Kemangkatan Paduka Ayahanda (37) 100 Kemangkatan Paduka Ayahanda (38) 100 Kemangkatan Paduka Ayahanda (39) 100 Kemangkatan Paduka Ayahanda (40) 100 Kemangkatan Paduka Ayahanda (41) 100 Kemangkatan Paduka Ayahanda (42) 100 Kemangkatan Paduka Ayahanda (43)