KUANTAN 31 Ogos 2019 Bersamaan 1 Muharam 1441 Hijrah – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bercemar duli berangkat pada sambutan Hari Kebangsaan Ke-62 Peringkat Negeri Pahang di Jalan Mahkota, di sini, hari ini. Yang turut hadir ialah Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail dan isteri Datin Sri Dato’ Burhah Mohammed, barisan exco kerajaan negeri Pahang, Ahli Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan.

Keberangkatan tiba Pemangku Raja Pahang dihadapan pentas diraja disambut oleh Wan Rosdy dan Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Hari Kebangsaan Ke-62 Peringkat Negeri Pahang, Yang Berhormat Dato’ Haji Nazri Ngah. Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menerima tabik hormat sebaik naik kepentas diraja dan kemudiannya baginda berkenan memeriksa pasukan kawalan kehormatan yang dianggotai pegawai dan anggota lain-lain pangkat TUDM.

Majlis diteruskan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Al-Fadhil Qadhi Daerah Pekan. Baginda turut berkenan menyaksikan pelbagai persembahan kebudayaan, seni memperhankan diri dan pentomin khas, pengisahan tragis Leftenan Adnan dalam mempertahankan negara menentang tentera Jepun.

Sambutan Hari Kebangsaan kali ini dengan tema ‘Sayangi Malaysiaku’ diterjemahkan dengan kehadiran kira-kira 15,000 orang khusis warga Kuantan. Walaupun disambutan secara sederhana tetapi kemeriahan tetap dirasai apabila orang ramai yang keluar rumah seawal 6.00 pagi tidak berganjak mengisi setiap inci ruang dikiri kanan Jalan Mahkota sepanjang 1.5 kilometer itu sehingga tamat.

Malah orang ramai yang datang bersama anak-anak turut bergaya dengan busana bertanjak, baju dan bertudung corak warna jalur gemilang sambil mengibarkan bendera kecil dan melambai-lambai kepada setiap kontinjen yang melintasi hadapan mereka. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Sambutan tahun ini, Dato’ Nazri berkata, kontinjen perarakan sambutan hari ini membabitkan sejumlah 4,619 orang peserta.

Menurutnya, antara kontijen yang mengambil bahagian ialah pasukan kadet sekolah-sekolah,pancaragam sekolah, pasukan jabatan-jabatan kerajaan, agensi kerajaan, Institusi Pengajian Tinggi Awam dan swasta dan pasukan ketiga-tiga sayap Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Darat, laut dan udara. Menurutnya, kontijan berjalan kaki seramai 3,679, kenderaan sebanyak 563 buah, kenderaan awam 499 dan aset ATM termasuk polis 64 buah.

Dato’ Nazri Ngah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang berkata, negeri Pahang amat bertuah kerana apabila lima buah pesawat pejuang Sukhoi SU-30MKM milik TUDM turut membuat lintas hormat pada sambutan hari ini.

Tambahnya, lima pesawat pejuang Sukhoi tersebut meneruskan penerbangan selepas mereka selesai melakukan lintas hormat pada sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya.

Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-62-1 Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-62-2 Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-62-3 Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-62-4 Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-62-5 Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-62-6 Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-62-7 Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-62-8 Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-62-9 Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-62-10 Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-62-11 Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-62-12 Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-62-13 Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-62-14 Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-62-15 Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-62-16 Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-62-17 Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-62-18 Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-62-19 Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-62-20 Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-62-21 Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-62-22 Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-62-23 Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-62-24 Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-62-25 Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-62-26