KUANTAN. 3 September 2019 bersamaan 3 Muharam 1441H – Majlis Konvokesyen Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) ke-18 diadakan secara gilang-gemilang lagi bersejarah bersempena Istiadadat Pemasyhuran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Canselor KUIPSAS yang baharu.

Dalam titahnya, baginda menzahirkan kesyukuran dan terharu dengan kepercayaan yang diberikan untuk menggalas tanggungjawab sebagai Canselor KUIPSAS yang kedua bagi menggantikan almarhum paduka nenda, Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar yang merupakan Canselor KUIPSAS pertama.

“Saya berjanji akan meneruskan hasrat dan kepimpinan almarhum nenda saya untuk melihat KUIPSAS terus berkembang ke arah melaksanakan peranannya sebagai pusat pendidikan berteraskan Islam bagi rakyat negeri Pahang khasnya dan negara Malaysia amnya.

“Syabas kepada KUIPSAS selama 23 tahun ini telah berjaya melahirkan seramai 5,000 orang graduan dan teruskanlah melahirkan graduan dan ilmuan yang holistik, berupaya menyumbang kepada masyarakat.

“Majlis Konvokesyen KUIPSAS ke-18 meraikan seramai 358 orang graduan yang berjaya menamatkan pengajian diploma mereka di berbagai pengajian. Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua graduan KUIPSAS yang telah berjaya menamatkan pengajian setelah berjuang menuntut ilmu selama beberapa tahun tanpa mengenal erti penat lelah.

“Dengan ilmu yang ada di dada, hendaklah para graduan sentiasa bersedia untuk agen perubahan kepada masyarakat agar ilmu itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Walau bagaimanapun, disebalik kejayaan ini, mereka tidak harus cepat berpuas hati dan leka dengan kejayaan yang dicapai kerana perjalanan hidup masih jauh dan panjang.

“Justeru, saya mengajak para graduan menoleh ke hadapan, menilai cabaran masa depan, dan bersiap siaga menghadapi cabaran mendatang. Dengan berbagai tuntutan dunia tanpa sempadan, dunia revolusi industri 4.0, ditambah dengan iklim ekonomi dunia yang penuh ketidakpastian, mereka tidak harus merasa selesa dan cukup dengan kejayaan memperoleh segulung ijazah.

“Pastikan diri diperkukuh dengan berbagai pengetahuan dan kemahiran yang relevan dengan tuntutan zaman seperti kemahiran komunikasi, daya kepimpinan yang tinggi, keusahawanan dan kemahiran ICT. Jadilah insan yang mempunyai minda dan pemikiran inovatif, pentingnya para graduan mestilah mempunyai akidah mantap, jati diri dan akhlak mulia, berintegriti dan sedia berkorban demi kepentingan ummah.

“Tahniah juga kepada ibu bapa dan keluarga yang telah memberikan bimbingan serta nasihat kepada graduan untuk belajar bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan dalam ilmu pengetahuan serta berjaya mendidik mereka dalam membina peribadi, jati diri dan akhlak sehingga berjaya pada hari ini,” titah baginda.

Pada majlis itu juga, KDYMM Canselor KUIPSAS berkenan menerima peruntukan kewangan berjumlah RM100,000.00 bagi membina Akademi Hadis dari YDH Orang Kaya Indera Pahlawan selaku Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Haji Wan Hassan. Pembinaan akademi itu bertujuan mengumpul dan mendokumentasikan manuskrip hadis dan menyediakan prasarana serta kemudahan berkaitan yang merupakan amanat dan hasrat Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah semasa hayat baginda.

Hadir sama, YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak dan YBhg. Rektor KUIPSAS, Prof. Madya Dr. Haji Mohd Zawavi bin Zainal Abidin.

Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen ke-18 KUIPSAS di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah menggunakan tulisan Jawi sepenuhnya dalam semua bahan cetakan serta edaran. Hal ini merupakan usaha berterusan yang dimainkan oleh KUIPSAS bagi meningkatkan kesedaran umum mengenai kepentingan mempertahankan tulisan Jawi dalam kalangan masyarakat.

Majlis Konvokesyen KUIPSAS kali ke-18-1 Majlis Konvokesyen KUIPSAS kali ke-18-2 Majlis Konvokesyen KUIPSAS kali ke-18-3 Majlis Konvokesyen KUIPSAS kali ke-18-4 Majlis Konvokesyen KUIPSAS kali ke-18-5 Majlis Konvokesyen KUIPSAS kali ke-18-6 Majlis Konvokesyen KUIPSAS kali ke-18-7 Majlis Konvokesyen KUIPSAS kali ke-18-8 Majlis Konvokesyen KUIPSAS kali ke-18-9 Majlis Konvokesyen KUIPSAS kali ke-18-10 Majlis Konvokesyen KUIPSAS kali ke-18-11 Majlis Konvokesyen KUIPSAS kali ke-18-12 Majlis Konvokesyen KUIPSAS kali ke-18-13 Majlis Konvokesyen KUIPSAS kali ke-18-14 Majlis Konvokesyen KUIPSAS kali ke-18-15 Majlis Konvokesyen KUIPSAS kali ke-18-16 Majlis Konvokesyen KUIPSAS kali ke-18-17 Majlis Konvokesyen KUIPSAS kali ke-18-18 Majlis Konvokesyen KUIPSAS kali ke-18-19 Majlis Konvokesyen KUIPSAS kali ke-18-20 Majlis Konvokesyen KUIPSAS kali ke-18-21 Majlis Konvokesyen KUIPSAS kali ke-18-22 Majlis Konvokesyen KUIPSAS kali ke-18-23 Majlis Konvokesyen KUIPSAS kali ke-18-24 Majlis Konvokesyen KUIPSAS kali ke-18-25 Majlis Konvokesyen KUIPSAS kali ke-18-26Majlis Konvokesyen KUIPSAS kali ke-18-27Majlis Konvokesyen KUIPSAS kali ke-18-28Majlis Konvokesyen KUIPSAS kali ke-18-29Majlis Konvokesyen KUIPSAS kali ke-18-30Majlis Konvokesyen KUIPSAS kali ke-18-31Majlis Konvokesyen KUIPSAS kali ke-18-32Majlis Konvokesyen KUIPSAS kali ke-18-33Majlis Konvokesyen KUIPSAS kali ke-18-34Majlis Konvokesyen KUIPSAS kali ke-18-35Majlis Konvokesyen KUIPSAS kali ke-18-36Majlis Konvokesyen KUIPSAS kali ke-18-37Majlis Konvokesyen KUIPSAS kali ke-18-38Majlis Konvokesyen KUIPSAS kali ke-18-39